Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 2, 2025 @ 10:52pm

Impian Kahwin 2025 Musnah… Saidah Kamarudin, Muntazar Ghufran Putus Tunang Sejak Oktober Tahun Lalu

Impian peminat untuk melihat pelakon cantik Saidah Kamarudin, 29, berkahwin dengan pelakon Muntazar Ghufran, 22, tidak kesampaian selepas mereka putus tunang sejak Oktober tahun lalu.

Mengikat tali pertunangan pada 25 Mei 2024, mereka sebelum ini mendedahkan bakal bernikah pada tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Saidah Kamarudin & Muntazar Ghufran Selamat Bertunang

ARTIKEL BERKAITAN: Kematangan Muntazar Ghufran Buat Hati Saidah Kamarudin Terpikat, Rancang Kahwin 2025

Khabar sedih putus tunang itu didedahkan oleh Saidah menerusi kemas kini di ruangan Instagram Stories.

“Ramai yang bertanya sejak beberapa minggu ni tentang status hubungan saya dan
 Muntazar.

“Kami dah berpisah sejak bulan
 Oktober tahun lepas dan memilih untuk mengikut haluan masing-masing,” tulis Saidah.

Tidak mendedahkan punca hubungan mereka dinoktahkan, Saidah menitipkan doa yang baik-baik untuk Muntazar.

“Saya harap kenyataan ni menjawab semua persoalan. Saya doakan yang terbaik sahaja untuk dia. Selamat berbuka,” tulisnya lagi.

Sekadar info, Muntazar merupakan bintang cilik yang melibatkan diri dalam dunia lakonan seawal 6 tahun. Dia dan abangnya, Firdaus Ghufran menjadi antara pelakon kanak-kanak popular satu ketika dahulu.

Manakala, Saidah pernah membintangi drama Kerana Cinta Itu Ada, Tentang Hati Dia dan Rajuk Karina.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Jul 2025
Hiburan Wed, 3 Apr 2024
Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Big Bang to Release Song with All 5 Members in it!

Though most of them are in the army right now, they are still able to release a song that has all 5 of them.

Featured Mon, 21 Mar 2022

Mengaku Bersalah Kongsi Video Aksi Dukung Dengan Siti Hariesa, Zul Ariffin Mohon Maaf

Pelakon utama dah minta maaf, semoga isu sensitif seperti ini dapat menjadi pengajaran buat semua

Hiburan Tue, 8 Apr 2025

Rakan Jadi Saksi Shuk Sahar Berhempas Pulas Cari Rezeki Sampai Lewat Malam 

Shuk Sahar terharu ada ‘keluarga’ di Singapura tampil pertahankannya

Hiburan Sat, 17 Aug 2019
error: Content is protected !!