Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 17, 2019 @ 8:00pm

‘Jangan Takut’- Fizo Omar Kongsi Pengalaman Di Tanah Suci

Pelakon dan usahawan Fizo Omar menyeru masyarakat Islam terutama golongan muda untuk menunaikan Haji.

Menerusi laman Facebooknya, Fizo mengajak golongan belia untuk menunaikan Haji dalam masa sama dapat membantu golongan warga emas yang memerlukan bantuan kudrat di sana.

“Sebenarnya waktu yang sesuai untuk kita mengerjakan haji adalah pada waktu muda, ketika sihat dan masih ada tenaga.

“Tak perlu nak tunggu dah tua, dah insaf baru nak datang. Soal keinsafan itu semua hidayah Allah untuk kita. Apabila datang sini tahulah Allah nak jentik hati anda,” katanya.

Akui Fizo, persediaan seseorang sebelum tiba di tanah suci menunaikan Haji juga perlu dibuat terutama dari segi mental dan fizikal.

“Ketepikan siapa dan apa status kita. Apabila kita berihram bersama berjuta yang lain, lupakan duniawi buat seketika.

“Jangan takut saudara, anda sampai sini dengan niat yang betul dan apa pun keadaannya Allah tidak akan zalim dan akan layan tetamu-Nya sebaik mungkin.

“Fizikal dan mental harus kuat. Bayangkan terutamanya ketika di Mina, saya berjalan setiap hari lebih 15 hingga 20 kilometer. Berjalan dari khemah ke tempat melontar jamrah selama tiga hari berturut-turut dengan cuaca yang agak panas.

“Kalau mental anda ‘ koyak’ dan belum bersedia memang terganggulah ibadah haji,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 2 Dec 2019

Resorts World Genting’s “Winter Wonderland” Is The Most Christmas Experience You’ll Ever Get In Malaysia!

A Christmas festival never seen before by Resorts World Genting featuring lights, ice-skates and musical show.

Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Sat, 7 Mar 2026

“Orang Perang Sana Sini, Hang Sibuk Tanya Aku Bila Kahwin” – Zul Ariffin

Zul Ariffin, tampil meluahkan rasa kurang senang apabila sering diajukan soalan berkaitan perkahwinan

Featured Fri, 2 May 2025

“Saya Faham Perasaannya” – Isu ‘Perempuan Itu’, Shila Amzah Sokong Kenyataan Nabila Huda

Shila menzahirkan empati mendalam terhadap situasi yang dihadapi Nabila

Featured Wed, 10 May 2023
Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Anak Jutawan Tapi…

Bagus Harris…sikap begini yang harus kita contohi!

Featured Mon, 22 May 2023
Hiburan Fri, 29 Nov 2019

Nabil Mahir Mengakui Dilamun Cinta

Tak lama lagi makan nasi minyak lah kita!

error: Content is protected !!