Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 31, 2024 @ 5:42pm

“Penunggang Agama! Grooming Is Real” – Caprice Dedah Bukti Influencer Islamik Ajak Mangsa ‘Check In’ Masa Bulan Puasa?

Penyanyi rap sensasi, Ariz Ramli atau lebih mesra disapa Caprice berkongsi tangkapan skrin paparan berita mengenai pempengaruh Islamik, 27 tahun yang disyaki menunjukkan kemaluan, buat panggilan lucah sudah ditangkap polis, semalam.

Caprice
Caprice juga meminta mangsa individu tersebut untuk tampil bersuara serta mendedahkan bukti berhubung gangguan seksual tersebut.

Caprice

Menerusi salah satu pendedahan tersebut, seorang wanita dipercayai mangsa pempengaruh itu meluahkan rasa kesal apabila niatnya untuk mendekati serta mempelajari ilmu Agama berubah selepas mengenali jejaka itu.

 

Caprice

Lebih parah, berdasarkan tangkapan skrin mesej WhatsApp perbualan berunsur ‘sex grooming’, pempengaruh itu dipercayai telah mengajak mangsa untuk ‘check-in’ di hotel.

Caprice

Bagaimanapun, Caprice tidak mendedahkan siapakah gerangan pempengaruh tersebut, namun bukti-bukti diperoleh daripada mangsa cukup untuk menggambarkan individu berkenaan seorang penunggang agama.

“Malaysia tak faham maksud fitnah akhir zaman. Bukan fitnah-fitnah untuk nak jatuhkan agamawan. Tapi agamawan yang berwatak agamawan tapi sebenarnya pun**. Watak ni real fitnah akhir zaman.

“Dekat luar, buat nampak macam nak buat orang lagi rapat dengan agama. Tapi dalam diam, cari mangsa dan cuba ajak mereka ke jahanam. Idola agama korang,” katanya.

Caprice

Artikel Berkaitan: Buat Panggilan Luc*h & Tunjuk Kemaluan, Influencer Ditahan Polis

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 13 Sep 2020
Events Mon, 17 Feb 2025
Hiburan Tue, 8 Jan 2019
Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Thu, 15 May 2025

Buat Veneer, Pakai ‘Contact Lens’ Berwarna… Puteri Balqis Dikritik Selekeh? Peminat Tampil Pertahankan

Puteri Balqis dikritik selekeh sebab buat veneer, warna contact lens tak sesuai

Hiburan Tue, 4 Jul 2023
Hiburan Wed, 22 Sep 2021

“Akhirnya Saya Mengalah” – Tahan Sakit Sampai Tak Tidur, Elyana Dimasukkan Ke Hospital

Penyanyi Elyana dimasukkan ke hospital selepas lebih sebulan menahan sakit. Menghidap kanser limfoma semenjak 10 tahun lalu, Elyana menyampaikan khabar terbabit menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram semalam. “Lebih sebulan menahan sakit […]

Featured Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] Dahlia Rizal Hamil? Imran Aqil Mohon Doakan Yang Terbaik

Imran Aqil memilih privasi untuk tidak menguar-uarkan mengenai berita kehamilan isterinya, Dahlia Rizal.

error: Content is protected !!