Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 7, 2024 @ 4:12pm

Kematangan Muntazar Ghufran Buat Hati Saidah Kamarudin Terpikat, Rancang Kahwin Tahun Depan!

Aktres jelita, Saidah Kamarudin, 28, mengakui sifat matang pelakon, Muntazar Ghufran, 21, menjadi sebab dirinya terpikat meskipun dia lebih muda tujuh tahun.

Mula bercinta sejak Januari tahun lalu, Saidah dan Muntazar telah melangsungkan majlis pertunangan secara tertutup, pada 25 Mei lalu.

Artikel Berkaitan: Saidah Kamarudin & Muntazar Ghufran Selamat Bertunang

Menurut Saidah, dia kerap menerima kritikan orang luar mengenai perbezaan umurnya denga Muntazar namun, lebih memilih untuk pekakkan telinga kerana dia lebih mengenali tunangnya.

Malah, pelakon yang pernah membintangi drama Kerana Cinta Itu Ada itu juga sempat berkongsi detik perkenalannya bersama pelakon cilik itu.

“Sebelum ni, ramai yang cakap kami ni adik beradik sebab muka sama dan ada juga yang tak percaya dia teman lelaki saya. Tapi saya pilih untuk pekakkan telinga sebab saya yang bercinta dengan dia.

“Walaupun dia muda baru berusia 21 tahun, tapi perwatakkan dia tak macam orang muda, dia nampak matang. Saya pernah berhubungan dengan orang yang berusia, tapi bagi saya dia lebih matang.

“Apa yang kelakar, masa mula-mula saya jumpa dia, saya tak tahu dia seorang pelakon dan kami berkenalan dari kawan-kawan sahaja. Masa jumpa tu saya tahu dia muda tapi saya okay sahaja sebab dia dah cukup usia,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Saidah ketika ditemui di majlis Habib Gemfest 2024 di The Ritz Carlton Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, Muntazar turut menyatakan mereka lebih banyak mendapat komen yang positif memandangkan bukan mereka sahaja yang menjalinkan hubungan dengan jarak usia yang berbeza.

“Setakat ini, feedback yang kami dapat dari orang adalah 80 peratus tu yang positif komen, negatif tu hanya 20 peratus sahaja.

“Tapi apa yang membuatkan kami matang dalam hubungan ini sebab kami anggap positif dan negatif tu sama sahaja. Kadang orang tak boleh terima tapi kami jadi perkara itu sebagai satu perkara yang positif dan fikir secara logik.

“Andai kata kami memang berjodohan, Alhamdulillah semua itu rezeki daripada Tuhan. Lagipun bukan kami sahaja yang bercinta dengan jarak usia yang berbeza,” jelasnya.

Berkongsi tentang berita pertunangan mereka, Saidah dan Muntazar menyatakan pada awalnya mereka hanya merancang untuk membuat majlis merisik sahaja.

Saidah dan Muntazar bagaimanapun menyatakan mereka bakal mendirikan rumah tangga pada bulan Mei tahun hadapan.

“Sebenarnya kami sudah berbincang tentang masa depan hubungan kami ini sejak Disember tahun lalu. Pada awalnya, kami hanya merancang nak buat majlis merisik sahaja tapi kami terbeli cincin tunang.

“Perancangan untuk bertunang itu memang spontan. Jadi saya pun berjumpa dengan keluarga Saidah dan berbincang tentang majlis.

“Sebenarnya kami taknak war-warkan kepada umum, kami rancang nak kongsi seminggu sebelum kahwin tapi ada yang dah nampak kami anggap itu sebagai kejutan.

“Kami berancang untuk mengikat tali pertunangan ini selama setahun. InsyaAllah, tahun hadapan kami akan berkahwin,” kata Muntazar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Anugerah Fri, 20 Jan 2023
Hiburan Thu, 15 May 2025

[VIDEO] Dakwa Aiman Ambil D*dah & Curang? Siti Jamumall Diceraikan Kali Kedua Dengan Talak Dua Ketika Live TikTok

Siti Jamumall damwa Aiman Tak Kesah ambil dadah, berlaku pertengkaran sebelum lafaz cerai kali kedua

Trending Wed, 10 Apr 2019

灵异专家告诉你《10个你家有鬼的迹象》

虽然科技逐渐发达,很多人也不相信有鬼的存在,然而层出不穷的闹鬼事件和都市传说,还是不断的被发现,令人毛骨悚然……

Hiburan Tue, 30 Jan 2024
Hiburan Sat, 29 Sep 2018

Lepas Aliff Syukri Nyanyi Nasyid, Sajat Pula Nak Bina Masjid

Alhamdulillah, semoga masjid yang dibina ini mampu menyucikan hati-hati netizen diluar sana

Featured Thu, 24 Nov 2022

Tuduhan Berjaya Dibuktikan, Siti Bainun Menangis Perlu Bela Diri

Semoga keadilan berpihak pada yang benar!

Featured Sun, 31 Oct 2021

Joe Flizzow Jadi Guru Bahasa Inggeris… Tukar Profesion Ke?

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow mendapat inspirasi melancarkan program pengajian Bahasa Inggeris selepas mendapat respons seorang guru di Kelantan. Guru itu berterima kasih atas usaha kumpulan rap yang dianggotai oleh Joe, Too Phat yang merakamkan […]

error: Content is protected !!