Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 1, 2021 @ 3:00pm

“Awak Luar Biasa & Paling Hebat Dalam…” – KJ Tampil Titip Semangat Buat Ziyad Zolkefli

Susulan penarikan semula pingat emas dari atlet paralimpik negara, Ziyad Zolkefli dan permohonan maaf yang dibuat atlet berkenaan menerusi platform media sosialnya hari ini, bekas menteri Belia Dan Sukan yang kini menjawat jawatan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) tampil memberikan kata-kata semangat buat Ziyad.

Menurut KJ, menerusi ciapannya di Twitetr sebelum ini, perkara yang berlaku terutamnaya melibatkan atlet negara adalah perkara yang  memalukan.

“Ini adalah keputusan yang memalukan. Ia adalah aib yang bertentangan dengan semangat Paralimpik. Sekiranya itu adalah kelewatan di call room, sepatutnya anda tidak boleh benarkan mereka bertanding di tempat pertama.

“Pingat emas dan rekod dunia yang dicuri,” Tulisnya.

KJ membuat kenyataan tersebut bagi membalas ciapan Twitter milik Paralympic Games yang memaparkan keputusan terkini acara lontar peluru berkenaan pada Selasa.

“Awak hebat dalam dunia awak. Awak luar biasa!”

Bagaimanapun, KJ dilihat menitipkan at-kta semangat buat atlet itu menerusi komen diruangan instagram milik Ziyad sebentar tadi dan menyifatkan Ziyad Zolkefli, 31, sebagai atlet yang luar biasa.

Malah, menurut KJ, Ziyad tidak perlu untuk membuat permohonan maaf kerana beliau telahpun berusaha sebaik yang mungkin sehingga dapat memecahkan rekod dunia dalam acara berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YAD (@ziyadzolkefli)

Selain KJ, atlet-atlet lain dan rakan artis serta seluruh rakyat Malaysia turut sama memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada Ziyad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

Bekas Personaliti TV Terkenal Bakal Disaman?

Dalam masa sama, seorang lagi individu lain yang tidak didedahkan identitinya turut berdepan saman serupa kerana terbabit dalam penyebaran video fitnah berkenaan.

Featured Wed, 9 Nov 2022
Hiburan Sat, 10 Jan 2026

“Lebih 15 Tahun Kami Menjalin Kolaborasi” – Serasi Bersama, Kelly Azman Senang Bergandingan Dengan Ani Maiyuni

Kelly Azman percaya pentas yang baik bukan sekadar tentang suara dan lagu, tetapi tentang keselesaan rakan gandingan.

Hiburan Mon, 11 Nov 2019

Naim Daniel Kena Marah?

Siapa ‘sekolah’kan Naim Daniel?

Featured Wed, 3 May 2023
Hiburan Wed, 8 Jan 2020

Hanya Bergurau, Elly Mazlein Tak Marah Dengan Gelaran ‘Janda’

Kak Lina Pom Pom memang seorang yang sangat ‘chill’!

Hiburan Fri, 26 May 2023
Featured Thu, 22 Dec 2022
Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Datuk Siti Nurhaliza On The Cover Of Malaysia Tatler

This is such a great start of the year for Malaysia’s legendary superstar.

error: Content is protected !!