Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 11, 2019 @ 7:04pm

Naim Daniel Kena Marah?

Pertama kali bertentang empat mata dengan penyanyi, pelakon dan penulis lagu, Muhammad Naim Daniel Bin Baharin atau lebih popular dikenali sebagai Naim Daniel, tidak langsung terasa janggal kerana dia mudah mesra dan senang sekali diajak berbual. 

Ditemui usai persembahannya di Lazada Super Show malam semalam, kami sempat menemubual dan memuji kehebatan lagu ‘Sumpah’ yang dianggap sebagai saingan terdekat oleh penyanyi dan penulis lirik, Amylea Azizan di peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 34 (SFMM 34) yang akan bermula 12 November nanti.

Baca: “Lagu Ini Ibarat ‘Anak’, Kalau Dah Bagi Bukan Boleh Ambil Balik…” -Amylea

“Alhamdullillah…Ini semua dari Allah,” ucap Naim apabila dipuji. 

Menceritakan bahawa sehingga sekarang dia masih teringat pesanan pelakon veteran, Fauziah Nawi yang memarahinya kerana menjawab “Takdelah, biasa-biasa je” apabila pelakon itu memujinya suatu ketika dahulu. 

“Sampai sekarang saya ingat insiden sewaktu kena marah tu. Adatlah masa tu kalau orang puji saya mesti jawab, takdelah…biasa-biasa je. Pastu saya kena marah! Dia kata kalau dah seribu orang puji dan saya jawab macam tu, memang biasa-biasa jelah jadinya. 

“Ibu Fauziah Nawi cakap kalau orang puji, kita kena cakap Alhamdullillah, ini semua dari Allah…dan sampai sekarang saya ingat pesanan dia,” kata Naim kepada Xtra. 

Nampaknya Naim dan kena ‘sekolah’ dengan Fauziah Nawi! Yang penting, nasihat tu terpahat di sanubari ye tak? Ouch! 

Jangan lupa saksikan persembahan Naim Daniel di pentas SFMM 34 tidak lama lagi. Sebanyak 30 lagu akan berentap di pentas SFMM 34 pada 15, 22 dan 29 November nanti. Dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussni, siaran langsung SFMM 34 akan ke udara  pada setiap hari Jumaat , jam 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentra, Shah Alam atau melalui www.tonton.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Mar 2023
Featured Thu, 13 Oct 2022

Aliff Syukri Tak Mengaku Bersalah Buat Video Sumbang

Semoga dipermudahkan segala urusan

Featured Wed, 10 May 2023
Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Sambut Ulang Tahun Ketiga Perkahwinan, Kenapa Azwan Kombos Mohon Maaf Dengan Isteri?

Happy Anniversaary Azwan & Ezzaty. Semoga terus bahagia hingga ke syurga!

Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Hiburan Wed, 5 Dec 2018

Ish Ish…Ada Pihak Cuba Lagakan Rita Rudaini Dan Bekas Suami?

Hurm… tak baik tau pisahkan seorang ayah dan anak-anak. Toleransi harus ada, semua berhak bahagia.

Featured Sun, 30 Jan 2022
error: Content is protected !!