Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 10, 2024 @ 4:32pm

[VIDEO] Dikritik Beri Respons ‘Kasar’ Selepas Pekerjaan Suami Disoal, Netizen Dakwa Perwatakan Ina Naim Berubah 

Penyanyi, Ina Naim menjadi kritikan segelintir pihak selepas perwatakannya didakwa telah berubah menjadi seorang yang kasar apabila menjawab persoalan netizen dalam siaran langsung, baru-baru ini.

Menerusi video tular di TikTok, Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 40, tampil menjawab pertanyaan pengikut berhubung pekerjaan suami, Mohd Khairul Rizal.

“Suami sekarang ni, dia engineering consultant jadi dia tak perlu tiap hari pergi ke pejabat. Zaman sekarang ni dah moden, sedangkan masa zaman covid pun orang boleh buat kerja dalam rumah apatah lagi masa zaman sekarang.

“Yang dulu (Allahyarham Suhaimi Saad) dia selebriti dan penulis lirik,” katanya.

Dalam masa sama, Ina turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan suaminya itu adalah penganggur gara-gara sering menemaninya bersiaran di TikTok.

“Jangan tanya suami saya kerja apa. Suami saya kerja dia dengan Allah, dah senang cerita. Nampak macam tak kerja tapi dia sebenarnya kerja.

“Sekarang jangan tanya lagi, kenapa dia tak masuk pejabat. Saya cerita ni nak orang faham suami kerja sebenarnya.

“Dengar tak mana yang tak faham tu. Gaji tak tinggi tapi Alhamdulillah cukup,” ujarnya.

@quranenuur

Replying to @Cik Lia Siapa suka tanya suami kak ina tak kerja ke tu wajib tengok video ni sampai habis😌 #fyp #enuurhq #alquranenuur #inanaim #alquranterjemahan

♬ original sound – ENUUR.HQ

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen seolah tidak berpuas hati dan meluahkan rasa kurang senang terhadap cara percakapan dan jawapan Ina itu.

Ada dalam kalangan mereka mengkritik cara Ina itu kasar dan lantang, malah netizen turut mendakwa perwatakan Ina berubah selepas bergelar isteri kepada pilihan hatinya itu.

Sekadar info, Ina dan Khairul mendirikan rumah tangga pada 8 November lalu dalam sebuah majlis diadakan di Kota Tinggi, Johor.

Terdahulu, Ina pernah berkahwin dengan bekas kumpulan Inteam, Suhaimi Saad pada 12 Oktober 2007.

Namun jodoh mereka tidak panjang apabila Suhaimi disahkan meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat masalah kesihatan.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Artikel Berkaitan: Anak Sulung Ina Naim Menangis Teresak, Syukur Ibu Bertemu Dengan Orang Baik – “Ayah Baru Sanggup Terima…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Sep 2022

Susulan Isu Nafkah Anak DDNK, Rita Rudaini Pula ‘Buka Mulut’ Bekas Suami Cuma Beri…

Kita semua tuntut ‘di sana’, biar mereka bergembira di dunia – Rita Rudaini

Featured Thu, 9 Mar 2023
Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Ernie Zakri Alih Fokus Untuk Tunaikan Umrah Pula

Mentor Milenia pun dah habis, bolehlah Ernie fokus untuk beribadat pula ya?

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Walau Berdua, Projek Lagu Baru Kool Masih On!

Kool bakal mengadakan sebuah showcase di Golden Palace, Restoran D’Saji Titiwangsa pada 25 April ini.

error: Content is protected !!