Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 10, 2023 @ 6:54pm

Selami Perjalanan & Kejayaan Datuk Jimmy Choo Dalam Money Matters

Bagaimanakah pereka fesyen Malaysia yang terkenal di dunia, Datuk Jimmy Choo menceburkan diri dalam dunia pembuatan kasut sejak kecil? Setelah terlibat dalam industri ini selama 63 tahun, adakah pemenang anugerah ikon global itu berpuas hati dengan pencapaiannya? Dapatkan jawapan beliau dalam rancangan bual bicara dan kewangan TV3, Money Matters, 11 Februari ini, Sabtu, jam 5.00 petang.

Berasal dari keluarga pembuat kasut, beliau terkenal sebagai seorang pereka yang tersendiri, dengan pencapaian pelbagai sijil anugerah dan penghormatan atas namanya. Bukan sahaja mendiang Puteri Diana yang pada umumnya memuji jenama Datuk Jimmy Choo, tetapi juga beberapa tokoh dan selebriti terkenal turut memberi pujian atas penghasilannya.

Menurut Penerbit Eksekutif program, Josephine Dass, episod ini akan menyaksikan pengacara program, Zahir Kelvin Ong Abdullah menyelami perjalanan dan kejayaan Datuk Jimmy Choo dalam program 30 minit terbitan Mimi Azeera Abdullah ini.

“Apabila saya bercakap dengan pereka fesyen legenda ini, beliau berkata bahawa setiap orang mesti mencintai apa yang mereka lakukan, mereka harus mempunyai cara pemikiran yang kreatif, mereka perlu ada cerita tersendiri dalam hasil kerja tersebut.

“Kemudian, mereka perlu mempunyai kemahiran juga. Jika mereka tidak mempunyai kemahiran yang bagus, mereka juga tidak mampu menghasilkan apa-apa,” kata Josephine apabila dia menjemput Datuk Jimmy Choo untuk berkongsi pandangan dan perjalanannya selama 63 tahun dalam industri itu.

Tambah Josephine, hasrat mereka untuk menjemput Datuk Jimmy Choo sebagai tetamu dalam program itu sebelum ini tidak kesampaian.

“Kami berhadapan dengan cabaran wabak Covid-19 yang mengakibatkan sekatan perjalanan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat kerana Datuk Jimmy Choo perlu melakukan perjalanan dari London pulang ke Malaysia.

“Sehinggalah pada bulan yang lalu, beliau memberi maklum balas bahawa beliau bersedia untuk ditemu bual untuk program Money Matters selepas Tahun Baru Lunar. Selepas tiga tahun, ia akhirnya berlangsung Sabtu ini,” katanya.

Pastikan anda menonton episod istimewa ini yang menampilkan pereka fesyen terkenal Malaysia Datuk Jimmy Choo di Money Matters pada 11 Februari ini, Sabtu, jam 5.00 petang di TV3.

Penonton boleh juga strim langsung episod penuh program hanya di www.tonton.com.my dan anda boleh dapatkan lebih banyak maklumat berkaitan program ini di Twitter @MoneyMattersTV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Trending Sat, 8 May 2021

Semua Bazar Ramadan, Aidilfitri DiTUTUP Mulai Isnin

Semoga urusan para peniaga dipermudahkan

Trending Fri, 29 Nov 2019

Wanita Rentung Dijumpai Bawah Jambatan

Selepas di rogol di bakar hingga rentung

Featured Mon, 30 Jun 2025

Comelnya! Fatima Titip Pesan Kepada Fazura – “I Miss You… But, Please Don’t Cry”

Fazura terkejut apabila anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya sempat meninggalkan pesanan kepadanya.

Featured Mon, 22 Aug 2022
Events Thu, 30 Jun 2022

“Mereka Ada Hak Untuk…” – Sering Dikritik Imej Seksi, Nora Danish Tampil Beri Respons!

Nora anggap imejnya tidak seksi sebagaimana yang didakwa netizen 😊

Events Sun, 29 Jun 2025

Bilal Indrajaya Pembuka Tirai Panggung Purnama: Fasa 1 ‘Main Kasar’ Di Zepp KL

Bilal Indrajaya, yang diumumkan sebagai pengisi utama bagi fasa pertama ‘Main Kasar’ menjelang konsert

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

李俊颉新歌掀手势舞热潮「TIK TOK」APP上千人参与

Victor李俊颉的全新单曲《别说再等一下》出乎预料在网络亚洲超人气手机 APP「Tik Tok」成热门手势舞潮流,吸引上千人参与!

error: Content is protected !!