Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 28, 2022 @ 9:08pm

Susulan Isu Nafkah Anak DDNK, Rita Rudaini Pula ‘Buka Mulut’ Bekas Suami Cuma Beri…

Baru-baru ini, tular isu mengenai jutawan dan pakar saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) yang didakwa hanya memberikan sejumlah RM5000 untuk dua bulan kepada anaknya sebagai nafkah.

Malah, isu ini turut menarik perhatian ramai pihak termasuk pelakon Rita Rudaini.

Menerusi akaun TikTok, Rita memuat naik tangkap layar artikel yang memaparkan tentang isu nafkah anak DDNK.

Rita meminta warganet untuk meneka jumlah nafkah yang diberi bekas suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan kepada anak-anak mereka.

“Jutawan bagi nafkah anak RM5,000 je?! Ayooo… JDT player club tersohor lagi terpaling juara bagi nafkat dekat dua orang anak… cuba teka,” tulisnya.

Walaubagaimanapun, Rita dilihat tidak mendedahkan jumlah bayaran nafkah dalam hantarannya itu tetapi ada warganet mendakwa bahawa Aidil hanya memberi nafkah sebanyak RM3,000 sahaja.

     

Namun, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 46, sempat menyatakan bahawa hak anak-anak akan dituntut di akhirat kelak.

“Tapi sis… kita semua tuntut ‘di sana’… biarkan mereka bergumbira di dunia,” ujarnya ringkas.

Menjengah di ruangan komen pula, kelihatan ramai ibu tunggal berkongsi mengalami isu yang serupa berkaitan dengan nafkah anak-anak.

Terdahulu, Rita telah mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 2008.

Namun, hubungan perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13 dan Airit Qaqa Arjuna, 11.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Mass Factorz Mahu Sertai ‘Night Walk’ Atas Permintaan Sendiri, Roslan Shah Nafi ‘Tunggang’ OKU Demi Content

Nafi menggunakan OKU demi content, Roslan Shah menjelaskan penyertaan Mass Factorz adalah atas permintaannya sendiri.

Hiburan Tue, 9 Oct 2018

Disuruh Putihkan Kulit, Ika Nabella Naik Angin?

‘Melayu will always be Melayu’, Oh tangkap gambar dengan kau kena naikkan glow. Oi! Ko putihkan muka aku sampai hilang batang hidung aku kau edit.

Hiburan Sat, 16 Feb 2019
Hiburan Sat, 18 Jan 2025
Hiburan Sat, 1 Sep 2018

Siapa Bintang K-Pop Bergelar Jutawan Beli Bangunan Di Cheongdam?

Biarpun sedang berehat seketika daripada aktiviti seni, ia tidak menghalangnya untuk terus menjana wang dengan membuat pelaburan dalam sektor hartanah.

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Hiburan Sun, 26 Aug 2018

Bakal Mengambil Tawaran Berkualiti Sahaja Kali Ini

Fikirkan kualiti berbanding kuantiti itu diantara sebab mengapa bakal memilih tawaran berkualiti mulai sekarang

Featured Wed, 30 Apr 2025

“Saya Sangat Bangga Bonda Rozita Jadi Kakak Ipar” – Rebecca Nur Al Islam

“Tujuan saya baik. Tiada niat apa pun” – Rebecca Al Islam

error: Content is protected !!