Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 30, 2025 @ 12:30pm

Zizi Kirana Mohon Misi Kemanusiaan Berjaya, Impi Duduk Lama Depan Kaabah

‘Impian dan doa saya moga misi ini berjaya sampai ke Gaza’, demikian luahan penyanyi dan juga peserta misi kemanusian Global Sumud Flotilla (GSF), Zizi Kirana menerusi hantaran yang dimuat naik di paltform media sosial miliknya.

Kata Zizi atau nama lengkapnya, Nur Fazelah Mad Tahil, 40, impiannya adalah mahu misi kemanusiaan ini berjaya sekaligus berhasrat untuk berkunjung ke Tanah Suci selepas segalanya selesai.

“Impian dan doa saya semoga misi ini berjaya sampai ke Gaza.

“Lepastu saya azam nak pergi Madinah jumpa Rasulullullah SAW sebab saya rindu. Lepastu nak pergi Makkah, nak duduk depan Kaabah lama-lama,” katanya.

Difahamkan, semua delegasi yang terlibat dalam misi kemanusiaan GSF ini sudah memasuki Zon Kuning yang mana ia antara zon berbahaya sebelum sampai ke Gaza.

Sekadar info, sebanyak 24 kapal dengan lebih 1,000 peserta antarabangsa daripada 44 negara termasuk 15 wakil Malaysia berangkat dari Pelabuhan Barcelona pada 1 September lalu.

Misi bersejarah itu turut menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah yang menekankan prinsip tanpa keganasan serta solidariti dunia terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Elak Bersedih Di Pagi Raya, Aizat Sambut Syawal Di Sabah

Arwah pernah melaburkan wang RM100,000 untuk menghasilkan album sulung, Percubaan Pertama yang memuatkan lagu popular, Hanya Kau Yang Mampu pada 2008.

Trending Tue, 14 Apr 2020
Featured Fri, 3 Mar 2023
Featured Tue, 9 Nov 2021

Banduan “Diseksa” Dengan Dipaksa Mendengar Lagu ‘Baby Shark’ Berulang Kali

Tiga bekas banduan di Oklahoma, Amerika Syarikat memfailkan saman terhadap seorang polis bernama Tommie Johnson III dan tiga pegawai penjara kerana memaksa mereka mendengarkan lagu ‘Baby Shark’ berulang kali di dalam Penjara Daerah Oklahoma. Daniel […]

Trending Sun, 3 Jan 2021
Contest Mon, 17 Feb 2020

xtra好康头 | 送你《容祖儿「Love in Genting」巡演》入门票

准备好跟容祖儿一起游走从她出道至今20年时光隧道了吗?xtra好康头 送你《容祖儿「Love in Genting」巡演》入门票。

error: Content is protected !!