Euforia Bola 2026
Figura By: Khairil Khusyairi October 31, 2023 @ 4:25pm

Dr Zulkifli Lelong Jam Tangan Rolex Kesayangan Pemberian Raja Arab Saudi Demi Bantu Palestin, Bidaan Kini Cecah RM131,000!

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melelong jam tangan mewah Rolex, di media sosialnya, semalam.

Menurut Dr Zulkifli, jam tangan mewah tersebut adalah pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ketika kunjungan baginda ke Malaysia pada 2017.

Beliau juga memaklumkan hasil bidaan jam itu akan disalurkan sepenuhnya kepada kebajikan rakyat Palestin.

“Menjunjung kasih DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz atas derma kurnia yang amat bermakna ini.

“Titah Baginda untuk sentiasa bersederhana, mengutamakan perpaduan ummah dan memartabatkan agama sentiasa akan saya semat dalam hati.

“Dengan menjunjung titah tersebut dan meraikan kesungguhan Kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan billion dollar kepada Palestin saban tahun, saya ingin membuka bidaan jam Rolex kesayangan saya ini dengan harga tapak RM40,000. Kenaikan bermula RM100 ke atas.

“Hasil bidaan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin yang sedang menderita di sana.

“Saya buka kepada yang berminat, untuk membida di ruang komen. Bidaan ditutup pada 31 Oktober 2023 jam 12.00 tengah malam,” tulisnya di Instagram (IG).

Menerusi kemas kini beliau di ruangan komen, bidaaan itu sudah mencecah sebanyak RM131,000 setakat jam 9:25 pagi tadi.

Terdahulu, Dr Zulkifli memaklumkan, pada awalnya beliau tidak mengetahui kandungan hadiah pemberian Raja Salman pada Februari 2017 itu sehinggalah ia dibuka pada tahun 2021.

“Kisahnya bermula pada Februari 2017 apabila saya mendapat panggilan mengejut ketika sedang menghadiri mesyuarat sebagai Panel Penasihat Syariah Bank Negara.

“Saya diminta oleh kerajaan Malaysia selaku Mufti Wilayah Persekutuan untuk mewakili semua mufti dan ulama Malaysia menyampaikan ucapan di hadapan Raja Saudi, Raja Salman dalam kunjungan hormatnya ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, beberapa hari selepas majlis itu beliau dihubungi pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia mengenai hadiah berkenaan dan meminta pegawai untuk mengambilnya.

“Saya tidak buka kotak cenderamata itu. Ia disimpan di pejabat saya di Putrajaya sehinggalah saya dilantik sebagai Menteri.

“Semasa saya menjawat jawatan Menteri, kotak terbabit dipindahkan ke pejabat kedua saya di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.

“Apabila saya meletak jawatan sebagai Menteri pada 2021, kotak itu dipindahkan ke pejabat peribadi saya. Di sana barulah saya membukanya sebagai tanda penghargaan atas derma kurnia daripada Raja Arab Saudi,” kongsinya.

Dr Zulkifli

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 18 Dec 2017

无端端拥有RM5797,该怎么花?这存钱法真的有效!

如果你发现在2018年12月31日,你拥有了RM5797,你会怎么用呢?爱旅行的年轻设计师Jas为了让自己更有趣的存钱,就实行了『信封存钱』计划!

Trending Thu, 17 Oct 2019

‘Wanita Bukan Saingan Tapi Pelengkap’- Haniza Talha

Penglibatan wanita tidak boleh dilihat sebagai saingan sebaliknya mereka lengkap melengkapi antara golongan lelaki.

Featured Fri, 7 Nov 2025

“Hal Manusia, Hal Kecil… Jangan Pernah Terkesan Pun” – Fazura Titip Kata Semangat Buat Peminat

Fazura menitipkan kata-kata semangat buat para peminatnya agar tidak mudah goyah atau terluka dengan pandangan negatif sesetengah pihak.

Trending Tue, 19 Jun 2018

16张让人喷饭「神PS图」詹姆士大师有求必应!

在不聘请专业摄影师的情况下,往往会因为灯光或构图的缺陷而毁了一张照片;但在修图技术日益发达,许多人都会跪求「PS大师」协助。

Featured Fri, 18 Mar 2022
Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Isu Beri Makan Anjing, Netizen Tolonglah ‘Otak’ Tu Jangan Sempit Sangat

Diharap masyarakat Malaysia lebih peka dan berilmu sebelum melontarkan kata-kata atau melabel seseorang diatas tindakan mereka

Featured Tue, 30 May 2023
Featured Sat, 9 Apr 2022

‘Sekuntum’ Kepada ‘Harirose’ – Sharifah Rose Tukar Jenama Elak Dituduh Penciplak

Nama jenama baru pun comel… Tahniah buat Sharifah Rose!

Hiburan Mon, 14 Oct 2024

3 Tahun Bersama, Kisah Cinta Alif Hadi & Yasmin Hani Sudah Putus – “Tak Nak Buang Masa, Saya Perlu Move On”

3 tahun tu lama tau 😮‍💨 Doakan yang terbaik untuk Alif & Yasmin 🥹

error: Content is protected !!