Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 14, 2024 @ 12:00pm

3 Tahun Bersama, Kisah Cinta Alif Hadi & Yasmin Hani Sudah Putus – “Tak Nak Buang Masa, Saya Perlu Move On”

Pelakon, Alif Hadi mendedahkan hubungan percintaan bersama aktres, Yasmin Hani sudah putus sejak Ogos lalu.

Ketika ditemui XTRA, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Abdul Hadi enggan berkongsi lebih lanjut mengenai punca perpisahan mereka.

Bagaimanapun, Alif reda jodoh bersama Yasmin terhenti di tengah jalan selepas bercinta selama tiga tahun.

“Saya sudah kembali solo sejak dua bulan lalu iaitu sekitar Ogos. Kalau boleh memang tak mahu kongsi mengenai hal putus cinta ini kepada umum sebab perkara ini bukan hal yang elok untuk diuar-uarkan.

“Tapi kalau sudah tiba waktunya orang tahu, akan tetap diketahui juga,” katanya.

Meskipun masing-masing sepakat untuk berpisah, Alif menjelaskan dia masih mengekalkan hubungan yang baik bersama Yasmin dan anak-anak.

“Saya kalau boleh tak nak letakkan kesalahan pada mana-mana pihak lagipun, perpisahan ini keputusan bersama.

“Kami masih berhubung dan kadang-kadang anak-anaknya ada ‘video call’ saya sebab rindu. Mereka kata nak jumpa, selepas ABPBH ini, mungkin akan cari masa untuk berjumpa mereka.

“Hubungan saya dengan Yasmin pun masih baik, tidak bergaduh pun. Kalau tiada jodoh sekali pun, buat apa nak bermasam muka atau bermusuh sebab industri ini sangat kecil,” tuturnya lagi.

Alif berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 bertempat di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Jumaat.

Alif mengakui sedih kisah cintanya bersama Yasmin selama tiga tahun terlerai, namun aktor filem Bulan dan Pria ini enggan membuang masa dan mahu meneruskan kehidupannya.

“Sejujurnya memang ada rasa sedih sebab kami dah bercinta selama tiga tahun, namun pada masa sama tak mahu buang masa dan perlu ‘move on’.

“Tuhan Maha Perancang, satu nikmat diambil dan pasti akan diganti dengan perkara lebih manis lagi (menang anugerah).

“Bagi saya, kita hanya mampu merancang dan kalau sudah terjadi. Doa yang baik-baik. Mungkin perancangan saya ini tidak sehebat aturan Tuhan, jadi berserah sahaja,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, kehadiran Alif ke malam kemuncak ABPBH36 tanpa ditemani Yasmin menimbulkan tanda tanya mengenai hubungan mereka.

Sekadar info, Alif menjalinkan hubungan cinta bersama Yasmin tiga tahun lalu selepas aktres itu berpisah dengan suaminya, Sha’rin pada November 2021 lalu.

Untuk rekod, Yasmin mendirikan rumah tangga dengan Sha’arin yang juga pemain dram Blackrose pada 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 10 dan Eissa Elzander Wong, tujuh tahun.

Artikel Berkaitan: Rancang Kahwin Sejak Tahun Lalu, Alif Hadi Tangguh Niat Kerana Terikat Komitmen

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Video TikTok, Alif Hadi Didakwa Bersekedudukan Dengan Yasmin Hani… Ini Respons Empunya Badan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 May 2018
Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Terima Kasih Peminat, Ayda Jebat Terharu!

Single Balada, Pinjamkan Hatiku yang telah dilancarkan setahun lalu kini mendapat tempat dihati peminat. Ayda Jebat akui terharu dengan sokongan peminatnya.

Hiburan Thu, 3 Jul 2025

Jovian Mandagie Muflis, Gagal Bayar ‘Pinjaman Persahabatan’ RM5.28 Juta

Jovian Mandagie muflis, gagal bayar hutang lebib RM5 juta

Events Wed, 29 Aug 2018

Berita Baik! Tonton Kini Ditayangkan Secara Percuma

Langkah ini sekaligus membolehkan tonton  menjangkau lebih ramai khalayak dan mengurangkan kos dengan memasukkan pemain video YouTube dan Daily Motion pada laman web dan platform mudah alihnya

Hiburan Fri, 3 Jan 2025

Dengar Permintaan Peminat, Konsert GenKRU Tambah Hari Ketiga 10 Mei Hadapan

Konsert GenKRU bakal diadakan untuk hari ketiga.

Featured Sun, 24 Nov 2024
error: Content is protected !!