Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 17, 2023 @ 2:30pm

Siti Nurhaliza Giat Bantu Palestin – “Saya Tak Ada Niat Lain, Saya Hamba Allah Yang Ada Tanggungjawab”

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berterima kasih kepada semua penyumbang untuk Tabung Bantuan Khas Palestin melalui yayasan miliknya (Nurjiwa Foundation).

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Siti memaklumkan wakil pihak pengurus sekolah Afwa Al Afiyyah yang berada di Gaza telah menyampaikan sumbangan buat rakyat Palestin.

“Dr Mohanad bersama-sama petugas di Afwa Al Afiyah hari ini memberi bantuan kewangan iaitu setiap keluarga USD100 (bersamaan lebih kurang RM450) bagi penduduk Palestin yang dapat kami bantu hari ini.

“Pada hari ini, pihak Nurjiwa Foundation terus menyumbang RM100,000 lagi untuk keperluan di sana, tulisnya.

Tambah Siti, menurut wakil yang berada di sana, apa yang termampu kini adalah memberikan bantuan kewangan terlebih dahulu untuk setiap keluarga membeli makanan.

“Suasana di sana memang sukar apabila terlalu ramai beratur untuk membeli makanan namun itulah situasinya.

“Apa yang terbaik dan termampu adalah memberikan bantuan kewangan terlebih dahulu untuk mereka mendapatkan keperluan.

“Alhamdulillah, sehingga petang tadi (semalam) pihak kami masih dapat menghubungi Dr Mohanad walaupun panggilan dan mesej tersekat-sekat kerana internet tidak stabil di sana (sangat terhad, ada masa dapat dihubungi dan sebaliknya) tetapi Nurjiwa Foundation tidak mahu menunggu lama, kerana bantuan kita adalah harapan mereka dan bantuan anda adalah tanggungjawab kami untuk disampaikan kepada mereka.

“Kami akan terus berusaha menyalurkan sumbangan ini secara berterusan dari masa ke masa,” tambah Siti lagi.

Siti yang meneruskan dana yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu itu berkata, usahanya itu bukan mahu menunjuk-nunjuk namun berkongsi dana yang dapat dikumpul melalui yayasan yang diasaskan Siti bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Doakan agar saudara kita, Dr Mohanad dapat terus menjadi penghubung kita dalam menyampaikan sumbangan dan Allah memelihara seluruh rakyat Palestin.

“Saya tidak ada niat lain, saya hanya hamba Allah yang ada tanggungjawab, saya bukan mahu menunjuk-nunjuk tetapi saya bahagia dapat berkongsi dengan anda yang telah bersama-sama Nurjiwa Foundation untuk membantu saudara kita di Palestin.

“Semampu apa pun kita, meski dengan doa, itulah kekuatan kita semua,” katanya.

Untuk membuat sumbangan, boleh layari https://kitafund.com/9909-tabung-bantuan-khas-palestin dan klik butang ‘Sumbang’.

Sumbangan untuk bantuan khas Palestin ini juga boleh disalurkan ke akaun Yayasan Nurjiwa: Maybank 514486106455.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Sep 2025

“Tak Minat, Tak Apa” – Dikritik ‘Syok Sendiri’ Mahu Anjur Mini Konsert, Nourul Depp Tenang Bidas Netizen

Nourul Depp hargai keprihatinan netizen yang bimbang tiket konsert tidak laku

Hiburan Sat, 7 Dec 2019

“Bukannya Saya Ada Suami Untuk Dijaga..” – Uqasha Senrose Tak Cerewet

Pelakon jelita Uqasha Senrose bersyukur kerana tetap menerima tawaran lakonan dan sentiasa murah rezeki walaupun sering dihambat kontroversi sepanjang hampir sedekad dalam dunia hiburan.  Memetik laporan BH Online, Uqasha mendakwa jadual kerjanya begitu padat terisi […]

Trending Wed, 30 May 2018

Geram! Video Warga Asing ‘Dibuli’ Di Kaunter Tular

Tak patut sungguh! Video pendek berdurasi sembilan saat itu menunjukkan kepala lelaki itu ‘diketuk’ oleh seorang pegawai lelaki menggunakan dokumen dipercayai pasport.

Hiburan Fri, 26 Jun 2026

Filem The Keris Angkat Warisan Melayu, Gabung Aksi Moden & Hikayat Hang Tuah

Legenda Hang Tuah kembali diangkat ke layar perak menerusi filem The Keris, sebuah naskhah yang menggabungkan elemen sejarah, aksi dan drama dengan sentuhan moden.

Hiburan Sun, 18 Sep 2022
Hiburan Mon, 2 Sep 2019
error: Content is protected !!