Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah November 9, 2021 @ 12:46pm

Banduan “Diseksa” Dengan Dipaksa Mendengar Lagu ‘Baby Shark’ Berulang Kali

Tiga bekas banduan di Oklahoma, Amerika Syarikat memfailkan saman terhadap seorang polis bernama Tommie Johnson III dan tiga pegawai penjara kerana memaksa mereka mendengarkan lagu ‘Baby Shark’ berulang kali di dalam Penjara Daerah Oklahoma.

Daniel Hedrick, Joseph “Joey” Mitchell dan John Basco memfailkan tuntutan hak sivil pada Isnin lalu di mahkamah persekutuan Oklahoma City.

Peguam mereka menyifatkan taktik disiplin tersebut sebagai “penyeksaan”.

Siasatan jenayah tahun lalu mendapati sekurang-kurangnya empat banduan telah dikenakan tindakan disiplin di bilik lawatan peguam penjara itu pada November dan Disember 2019.

Banduan-banduan tersebut dipaksa mendengar lagu kanak-kanak popular itu secara berterusan dalam jangka masa yang agak lama.

Para banduan dipaksa berdiri dengan tangan digari di belakang mereka dan diikat pada dinding sepanjang masa.

Menurut laporan tuntutan saman tersebut, seorang bekas banduan bernama Mitchell ditinggalkan dalam kedudukan berdiri di bilik lawatan peguam penjara tersebut selama tiga hingga empat jam.

“Lagu itu dipasang sangat kuat sehingga bergema di sepanjang lorong,” kata Mitchell

Melalui hasil siasatan, dua bekas pegawai tahanan dan penyelia mereka didakwa atas pertuduhan salah laku kejam dan konspirasi terhadap banduan.

Perbicaraan juri dalam kes jenayah ditetapkan pada Februari tahun hadapan.

Kes sivil ini boleh mengakibatkan cukai yang lebih tinggi kepada pemilik harta di daerah Oklahoma jika bekas banduan berkenaan memenangi tuntutan saman ini atau pesuruhjaya daerah bersetuju untuk menyelesaikan kes ini.

Dalam tuntutan saman berkenaan, peguam menjelaskan memasang lagu ‘Baby Shark’ berulang kali telah dikesan sebagai alat untuk menyeksa.

Sebuah bandar di Florida, West Palm Beach sebelum ini memasang lagu ‘Baby Shark’ dengan kuat di pusat acara untuk membanteras gelandangan dari tidur di pusat tersebut pada 2019.

Sumber: The Oklahoman

Kredit foto: Nickelodeon

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 2 Nov 2024

Ryzal Ibrahim, Maryam Durian Kimchi Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Sebelum ni Maryam pernah alami keguguran, kali ini Allah beri rezeki baharu. Alhamdulillah

Featured Wed, 22 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Jom Kenali 5 Finalis Yang Bakal Berentap Di Pentas Akhir XTRA XSTAR!

Pertandingan pencarian bakat paling hangat tahun ini, XTRA XSTAR 2025, kini semakin hampir ke kemuncaknya!

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

#Mentor7: Ada Sebab Hafiz Pilih Amal, Azmirul Jadi Protege

Kenapa agaknya Hafiz memilih protege lelaki untuk program Mentor 7?

Hiburan Tue, 3 Apr 2018
Featured Mon, 7 Jul 2025

“Hari-Hari Saya Akan Call Parents, Itu Dah Macam Ritual” – Alif Satar Anggap Kejayaan Dimiliki Berkat Doa Ibu Bapa & Isteri

Kunci disebalik kejayaan itu adalah meletakkan kemuliaan ibu, bapa dan isteri pada haknya.

Featured Wed, 1 Feb 2023
Featured Thu, 23 Jan 2025

Hafiz Suip Rancang Tempah Kaki Palsu Buat Ibu Tersayang

Kami sebagai anak yang perlu menjadi ‘kaki’ (penguat semangat) buat ibu.

Featured Fri, 30 May 2025

Tomok Muncul Dengan ‘Larut’, Single Terbaharu Sarat Jiwa & Simbol Kematangan

proses penciptaan lagu ini melibatkan ‘pembedahan kreatif’ menyeluruh.

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
error: Content is protected !!