Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 7, 2019 @ 4:26pm

Elak Bersedih Di Pagi Raya, Aizat Sambut Syawal Di Sabah

Tidak mahu bersedih meraikan 1 Syawal selepas kehilangan bapa tersayang pada 9 Januari lalu, Aizat dan keluarga membuat keputusan menyambut hari mulia itu di Kota Kinabalu, Sabah.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu dan Sampai Hari Tua itu berkata, meskipun reda, ada ketika rindu yang datang memuncak membuatkan dia begitu terkesan dengan kehilangan ayahnya.

“Segala kenangan bersamanya menjadi memori yang terlalu indah. Untuk melupakan kesedihan, saya dan keluarga meraikan 1 Syawal di Kota Kinabalu, sambil menziarahi anak saudara pertama.

“Ketika dilahirkan, arwah ayah hanya mampu menatapnya melalui panggilan video. Selepas itu, arwah sakit dan menghembuskan nafas terakhir,” katanya dalam nada sebak.

Aizat berkata, dia tidak mahu terus bersedih kerana bimbang ia memberi kesan kepada ibunya yang pernah berkongsi hidup dengan arwah bapanya.

“Meskipun, arwah dan ibu bercerai ketika saya masih kecil, mereka masih mengekalkan ukhuwah. Hubungan arwah dengan bapa tiri juga sangat akrab.

“Saya lihat ibu selalu bersedih apabila terkenangkan arwah. Saya faham mereka pernah hidup bersama dan memiliki enam cahaya mata.

“Jadi, kami fikir lebih baik beralih angin dan meraikan Syawal jauh dari kota. Saya tidak mahu kami bersedih pada hari raya,” katanya.

Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2009 dan 2015 itu berkata, dia amat terasa dengan kehilangan penyokong nombor satunya itu.

“Arwah pernah melaburkan wang RM100,000 untuk menghasilkan album sulung, Percubaan Pertama yang memuatkan lagu popular, Hanya Kau Yang Mampu pada 2008.

“Ia demi merealisasikan impian saya untuk menjadi artis rakaman, selepas gagal ke peringkat akhir Akademi Fantasia musim kelima (AF5). Itu kenangan dan legasi yang ditinggalkan buat saya.

“Saya bertuah kerana restu dan doa ayah serta ibu sentiasa mengiringi perjalanan. Tanpa mereka, tidak mungkin saya mampu mempertahankan apa yang saya genggam ini. Saya amat terhutang budi pada ayah dan ibu.

“Sekarang, saya hanya ada ibu, justeru saya mahu berbakti dan menjaganya dengan sebaik mungkin,” kata pemenang trofi Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Lagu, Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM 16) menerusi Lagu Kita.

Aizat berkata, dia baru memperkenalkan lagu Angin Lalu yang menjurus kepada perkongsian kisah kehilangan. Ia juga sebagai melunaskan impian arwah bapanya yang mahu dia menghasilkan lagu dengan iringan pemuzik orkestra.

“Proses rakaman disempurnakan di Jakarta, Indonesia, pada hujung tahun lalu. Saya menggunakan khidmat pemuzik yang pernah menghasilkan lagu Tulus, Samsons dan Anuar Zain,” katanya.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 May 2024

Didoakan Kembali Bersama Engku Emran, Ini Jawapan Erra Fazira

Semoga Erra Fazira ditemukan jodoh semula

Featured Tue, 13 Jul 2021

“Ada Ibu Bapa Yang Tak Mampu Beli..”- Umie Aida Mohon Sumbangan Baju Pesakit Buat Kanak-Kanak Di IJN

Pelakon jelita, Datin Seri Paduka Umie Aida  meminta bantuan orang ramai yang mempunyai pakaian kanak-kanak terpakai berusia antara dua hingga lima tahun untuk memberi sumbangan  kepada pesakit kanak-kanak di wad Pediatrik Institut Jantung Negara (IJN). […]

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Butterfingers Bakal Bagi Kejutan Di Konsert 2 November Depan!

Mari sama-sama gegarkan Stadium Malawati bersama Butterfingers!

Hiburan Fri, 11 Apr 2025
Featured Wed, 30 Apr 2025
Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Featured Fri, 6 Mar 2026

Karl Shafek Sebak Kuah Kacang ‘Sold Out’ Dalam Masa 5 Minit, Sempat Titip Penghargaan Buat Siti Nurhaliza – “Saya Terasa Seolah-Olah Diberi Sayap Kecil Untuk Terbang”

Pelakon dan pengacara yang kini bergelar usahawan, Karl Shafek mengejutkan ramai pihak apabila dia gagal menahan sebak selepas produk kuah kacangnya habis terjual kurang daripada lima minit.

error: Content is protected !!