Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 11, 2023 @ 8:30pm

Selesai Tawan Peminat Singapura, Ruffedge Bakal Adakan Konsert Di Malaysia!

Kumpulan Ruffedge berjaya menawan hati peminat mereka di Singapura dalam sebuah konsert istimewa Ruffera ‘That Moment In Time’ yang menampilkan DJ Uno di dewan utama The Theatre Mediacorp pada 24 Jun 2023.

Dianggotai oleh Azan, Cat, Mode, Sein dan Zain, mereka masih lagi berbisa dan bertenaga dalam menghiburkan peminat mereka selama hampir tiga jam tanpa henti.

“Pertama sekali terima kasih kepada peminat-peminat Ruffedge di Singapura yang hadir menyaksikan persembahan istimewa mereka yang sememangnya ditunggu-tunggu selama ini.

“Jualan tiket di Singapura, Malaysia dan juga Brunei tidak mengecewakan dan sangat-sangat memberangsangkan, ternyata Ruffedge mempunyai pengaruh yang besar dalam industri muzik,” kata Haniff Hamzah, selaku Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia selaku penganjur.

Menurut Sein yang mewakili Ruffedge, mereka sangat berterima kasih dengan sambutan dan layanan istimewa yang diberikan daripada peminat setia.

“Mereka kebanyakannya merupakan peminat tegar dari dahulu, selain itu ada juga dari kalangan penonton yang hadir merupakan penyanyi hip-hop dan R&B baharu dari Singapura yang membuatkan kami rasa terharu.

“Kami menghiburkan penonton yang hadir memenuhi dewan The Theatre Mediacorp dengan 16 buah lagu kesemuanya seperti Tipah Tertipu, Tiada Lagi Cinta, Lemas, Da Bomb, Bila Rindu, Khayalan dan banyak lagi.

“Kami juga menyajikan penonton dengan kejutan istimewa bersama-sama pengarah muzik pada malam itu iaitu Datuk Acis dengan menyayikan lagu-lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu seperti Azura nyanyian Datuk Jamal Abdillah, Suraya oleh kumpulan R&B Indigo dan Rozana nyanyian kumpulan rock Search yang dibawakan dalam rentak R&B yang cukup unik khas buat penonton yang hadir,” katanya.

Selepas Singapura, Ruffedge bakal menghiburkan peminat di Malaysia dalam sebuah konsert Ogos ini!

Jangan lupa untuk mendapatkan tiket anda ke konsert Ruffera ‘That Moment In Time Tour’ di Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 19 Ogos 2023 ini di Mega Star Arena dengan kemunculan artis istimewa yang akan diumumkan kelak pada harga seperti berikut: RM168 (Free Standing), RM 238 (Standard Seats), RM268 (Dance Zone), RM288 (Premium Seating), RM328 (Ruff Zone) dan RM3,888 (Premium+ Seating/6 pax) di laman web yoloasia.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 Jul 2024

Hampir Hilang Nyawa Lahirkan Siti Aafiyah, Tunku Azizah Minta Netizen Jangan Salahkan Siti Nurhaliza – “Bertenang, Saya Yang Kongsi Cerita Dengan Mereka”

Bertenang! Jangan cepat jatuhkan hukum dekat orang lain. Itulah pengorbanan seorang ibu, melahirkan & mendidik 😥

Featured Wed, 1 Apr 2026

“Insyaa-Allah Kami Akan Melangsungkan Perkahwinan Pada Tahun Ini” – Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi perancangan majlis perkahwinannya diserahkan sepenuhnya kepada tunangnya yang juga  penyanyi, Bella Astillah.

Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Are LOOΠΔ and TXT Possibly Connected?

The new discovery leaves Orbits and Young Ones dazed and confused.

Hiburan Sun, 11 Jan 2026

Hero Drama ‘Doa Yang Terlindung’ Dikecam, Fasha Sandha Minta Netizen Beri Peluang Kepada Firdaus Karim

Fasha Sandha mempertahankan gandingannya dalam drama bersiri Doa Yang Terlindung.

Featured Wed, 21 Sep 2022
Hiburan Sun, 18 May 2025

Malam Mendengar Nadin Amizah: Datang Tanpa Ekspektasi, Pulang Sebagai Peminat

Saya datang tanpa ekspektasi, tetapi saya pulang sebagai seorang peminat. Mungkin itu keindahan sebenar ‘Malam Mendengar Nadin Amizah’.

Hiburan Tue, 11 Jul 2023

Beri Cadangan Berubat Cara Islam, Nora Ariffin Dedah Pernah Terkena Sihir?

Allahuakbar.. Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara seperti itu

error: Content is protected !!