Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 11, 2026 @ 8:52pm

Hero Drama ‘Doa Yang Terlindung’ Dikecam, Fasha Sandha Minta Netizen Beri Peluang Kepada Firdaus Karim

Pelakon popular Fasha Sandha tampil mempertahankan gandingannya, Firdaus Karim, selepas timbul kecaman netizen yang mempersoalkan rupa paras Firdaus sebagai watak hero dalam drama ‘Doa Yang Terlindung’ yang kini bersiaran di slot Akasia TV3.

Fasha menegaskan kritikan yang menjurus kepada penampilan fizikal adalah tidak wajar kerana bakat lakonan sepatutnya jadi ukuran utama.

Pada masa sama, ibu kepada tiga cahaya mata ini percaya Firdaus wajar diberikan ruang untuk membuktikan kemampuan, apatah lagi drama berkenaan masih di peringkat awal tayangan.

ARTIKEL LAIN: “Kadang Rasa Nak Berhenti Berlakon” – Fasha Sandha Sebak Lihat Anak Bongsu Enggan Lepas Pelukan

“Pada saya, tak adil bila orang terus pertikai pemilihannya sebagai hero. Saya yakin dia ada bakat dan akan terserlah bila penonton ikut perkembangan episod seterusnya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Fasha memaklumkan dia sendiri tidak pernah memilih siapa hero gandingannya kerana keputusan itu biasanya ditentukan stesen TV dan pihak produksi.

“Bab pemilihan hero, saya serahkan pada stesen dan penerbit. Pelakon datang untuk bekerja dan menyampaikan cerita, bukan menentukan siapa yang dipilih,” tegas isteri kepada aktor Aidil Aziz ini.

ARTIKEL LAIN: “Dia Sampai Berguling Atas Lantai” – Fasha Sandha Akui Hati Luluh, Mental Perlu Kuat Demi Anak

Fasha turut berkongsi, setiap kali menerima tawaran lakonan, fokus utamanya ialah kekuatan naskhah serta pasukan produksi, termasuk penulis skrip dan pengarah.

“Bila dapat naskhah, saya biasanya nak tahu dua perkara dulu, siapa yang tulis skrip dan siapa yang mengarah. Itu yang buat saya yakin dengan sesebuah projek.

“Saya berharap penonton menilai drama tersebut secara menyeluruh dan menikmati mesej yang dibawa, termasuk elemen pengajaran dalam jalan ceritanya,” katanya lagi.

Fasha ditemui di acara pelancaran produk Dunia Herbs, losyen Mustajab Mini Sauna dengan pilihan wangian baharu.

Majlis itu turut melantik Fasha sebagai duta rasmi. Pengarah Dunia Herbs, Wan Noramira Wan Rosdi berkata pemilihan Fasha dibuat kerana imej positif dan konsisten yang selari dengan identiti jenama.

“Saya yakin kehadiran Fasha dapat membantu memperkenalkan produk kepada lebih ramai pengguna, termasuk golongan muda yang mencari losyen untuk kelegaan lenguh badan atau senggugut, selain mahukan kesegaran,” katanya.

Fasha berkata dia menerima tawaran itu kerana sudah lama menggunakan Mustajab, malah mencadangkan versi wangian untuk tarik minat Gen Z. Losyen ini hadir dalam empat pilihan iaitu Quince & Tulip, Golden Oud, Blooming Peach dan Amouge.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Feb 2022
Featured Thu, 20 Oct 2022
Trending Tue, 16 Jun 2020
Hiburan Wed, 13 Nov 2019

“Saya Selalu Mendoakannya Walaupun Kadang-Kadang Dia Tergelincir” – S Hafiza (Ibu Aliff Aziz)

Apa jua masalah, ibu bapa pasti akan sentiasa mendoakan anak mereka

Featured Wed, 13 May 2026

“Bukan Niat Nak Gunakan Kesempatan Yang Ada” – Aliff Syukri

Aliff Syukri nafi ambil kesempatan di atas kesusahan yang ditanggung orang lain.

Hiburan Sun, 15 Feb 2026

Diberi Pilihan Antara ‘Love Or Gold’, Anna Jobling Utamakan Cinta Sejati

Anna Jobling lebih menghargai cinta sejati berbanding kemewahan material, termasuk barangan kemas.

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

Tahniah! Baby Pipi Merah Selamat Dilahirkan!

Puteri sulongnya itu yang dilahirkan secara pembedahan seberat 3.55 kilogram berada dam keadaan baik dan sihat.

Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Tahniah Hafiz Suip, Bakal Timang Anak Kedua!

Congrats to Hafiz dan Effy!

error: Content is protected !!