Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 13, 2025 @ 6:19pm

“Dia Sampai Berguling Atas Lantai” – Fasha Sandha Akui Hati Luluh, Mental Perlu Kuat Demi Anak

Pelakon jelita, Fasha Sandha mengakui sehingga kini masih terkesan dengan tindakan anak perempuannya, Aisha Amira yang menangis kerana enggan ditinggalkan ibunya untuk ke sekolah.

Ketika ditemui media, Fasha atau nama lengkapnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 41, berkata insiden itu menjadi antara detik paling berat untuk dilalui sebagai seorang ibu, lebih-lebih lagi apabila Aisha jarang menunjukkan emosi sedemikian.

Menurut Fasha, rakaman yang dikongsikan di media sosial sehingga tular itu hanyalah sebahagian kecil daripada situasi sebenar yang berlaku pada hari berkenaan.

“Video asal sebenarnya panjang. Dia terlalu sedih sampai berguling atas lantai. Saya tak sanggup nak muat naik semuanya. Dia menangis kerana mahu ikut saya dan tak mahu ke sekolah,” katanya.

Meskipun terpaksa bekerja, aktres drama rantaian Khilaf Yang Tertulis ini tidak pernah tenang meninggalkan anak kesayangannya dalam keadaan begitu.

“Sebaik saya balik rumah, saya terus pujuk dia. Cikgunya beritahu tak lama selepas saya pergi, dia sudah kembali okay.

“Tapi dalam situasi macam ini, ibu yang kena kuatkan diri. Mental pun kena betul-betul bersedia,” katanya.

Fasha ditemui pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH37) yang berlangsung di Premier Hotel, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Mengulas kesan emosi daripada insiden itu, Fasha mengakui perkata tersebut membuatkan dirinya berfikir untuk memperlahankan langkah dalam dunia lakonan demi memberi keutamaan kepada keluarga.

“Ada terlintas nak berhenti berlakon, fokus pada anak dan mungkin buat bisnes. Tapi lakonan sudah sebati dalam diri saya.

“Saya jenis tak boleh duduk diam. Bila lama tak bekerja, rasa kosong dan rindu nak kembali ke set,” katanya.

Bagaimanapun, Fasha menegaskan dia tidak pernah menyesali keputusan memilih kerjaya sebagai anak seni yang telah membesarkan dirinya sejak awal pembabitannya dalam industri.

“Saya tak pernah menyesal jadi pelakon. Saya sayang kerjaya ini dan akan terus menghargainya,” katanya.

Artikel berkaitan: “Kadang Rasa Nak Berhenti Berlakon” – Fasha Sandha Sebak Lihat Anak Bongsu Enggan Lepas Pelukan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Jan 2020

“Saya Memang Tidak Mahu Teruskan Perkahwinan Ini” Noor Nabila Sudah Tawar Hati

Selepas selesai prosiding kes perceraian antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Kakak kepada Neelofa iaitu, Noor Nabila yang dijalankan secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini bagaimanapun berkata, beliau terkilan apabila proses perceraian […]

Trending Tue, 25 Feb 2020
Trending Thu, 11 Jul 2019

Undang-Undang Baharu Kawal Penggunaan Vape & Rokok Elektronik

Bakal bermesyuarat dalam masa terdekat untuk mencari kaedah terbaik mengawal penggunaan vape, sisha dan juga rokok.

Hiburan Fri, 25 Oct 2019
Featured Tue, 22 Nov 2022
Featured Mon, 20 Jan 2025

Sepakat Beri Nama Tyara, Tyra Kamaruzzaman Selamat Lahirkan Baby Girl

Bayi diberi nama Tyara Emran itu dilahirkan pada Ahad, 19 Januari baru-baru ini.

Featured Tue, 7 Dec 2021
Featured Tue, 1 Nov 2022
error: Content is protected !!