Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari November 16, 2022 @ 8:22pm

Bahas Isu Rupa vs Bakat.. CEO FINAS, Yusof Haslam Bersepakat Perlu Seiring Untuk Tempa Nama Dalam Industri Seni

Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan sebuah forum bagi membahaskan isu hangat mengenai paras rupa dan bakat seseorang untuk menempa nama dalam bidang seni.

Antara yang terlibat sebagai panel jemputan forum hangat tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim, Ahli Jawatankuasa, Persatuan Penerbit Filem Malaysia yang juga Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam dan seniwati veteran, Noor Kumalasari.

Hadir sebagai moderator, pelakon Fahrin Ahmad dan dimeriahkan lagi dengan penampilan dua pelakon meningkat naik Sharifah Rose dan Hariz Hamdan.

Majlis pelancaran forum Antara Cantik dan Bakat? Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti? Ini juga disempurnakan oleh Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengk Bidin dan Penerbit A Aida Production, Datuk A Aida.

Secara dasarnya, kesemua ahli panel bersepakat bahawa rupa paras yang cantik perlu seiring dengan bakat untuk menjadi pelakon hebat di pentas.

Pemilihan pelakon yang cantik untuk meneraju watak utama sudah dipraktikkan sejak dulu lagi pada pandangan Prof Nasir.

“Pemilihan pelakon yang cantik dan kacak diperlukan untuk watak hero. Namun, pemilihan pelakon utama ini juga dibuat menerusi uji bakat dan bukan sekadar cantik semata-mat,” kata Prof Nasir.

Menurut Yusof pula, beliau juga berpendapat bahawa rupa dan bakat perlu seiring bagi mendapat tempat dalam industri perfileman.

“Bercakap soal bakat dan sebagainya, bagi saya ia subjektif kerana semua manusia pun mahukan yang cantik. Kalau kita buat filem pun contoh filem Hindustan pun semua nak yang cantik tapi tanpa kita mengabaikan bakat.

“Sebagai pelakon dan pengarah, mata kita adalah kamera. Kita akan tengok cara pelakon itu berjalan dan bercakap. Isteri saya sendiri adalah penasihat dan penonton pula mewakili masyarakat. Jika tidak, saya akan menjadi pengarah yang syok sendiri,” ujarnya.

Namun, Yusof menegaskan bahawa mengambil artis popular dan cantik bukan satu jaminan sesebuah filem itu akan mendapat sambutan kerana ada filem yang gagal.

Bagi pandangan seniwati veteran, Noor Kumalasari pula, dia menganggap kecantikan rupa paras bukan saja dinilai dari luaran sebaliknya aspek dalaman untuk menjadi pelakon yang baik.

“Cantik juga mempunyai banyak maksud dan bagaimana kita melihatnya serta dari sudut apa? Sudah pasti yang paling penting, perangai dan sikap seseorang pelakon dalam menjalankan tanggung-jawab pada watak diserahkan.

“Pelakon perlu memiliki ‘attitude’ yang baik dengan menghormati pelakon lain dan pengarah di lokasi. Kalau hati kita cantik, kalau hati cantik, jadi cantiklah orangnya,” katanya.

Forum ini juga membuka ruang untuk pendatang baru seperti pelakon Sharifah Rose untuk memberi pendapat mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Bagi Rose, dia mengakui bahawa rupa paras memainkan peranan penting untuk menceburi bidang seni dan bukan mudah untuk menjadi pelakon jika tiada ilmu dan pengalaman.

Tambahnya, dia melihat kritikan sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki kualiti lakonan dan bukan sahaja bersandarkan kepada rupa paras.

Forum Antara Cantik dan Bakat? Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti? Ini telah berlangsung di Dewan Perdana, FSKK, UKM kelmarin dan juga bersempena menyemarakkan penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-32 yang bakal berlangsung pada 2 Disember depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Sep 2018

Hamil Anak Kelima, Liza Hanim Kongsi Pengalaman Cemas

Dalam masa sama, Liza memohon peminat mendoakan agar kandungannya terus sihat agar dia mampu meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

Hiburan Thu, 14 Nov 2019

《2020 AIM中文音乐颁奖典礼》公布入围名单!新生代与天王天后抢最佳男女歌手

《2020 AIM中文音乐颁奖典礼》公布入围名单;最佳男女歌手竞争激烈,可谓新生代与天王天后的对决!

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

“Terima Kasih Pada Peminat “- Followers Alif Satar Cecah 2 Juta!

Tahniah sekali lagi Alif Satar, Tak sabar nak Alif dan Sherry dalam AJL33 nanti!

Trending Thu, 8 Nov 2018

‘Publicity Is His Friend’, Kenapa Lelaki Ini Label Aliff Syukri Sebagai Dramatik?

Senang faham, kau baling bola kat orang disleksia, dorang susah nak tangkap. Maksudnya?

Featured Fri, 19 Mar 2021
error: Content is protected !!