Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain November 22, 2023 @ 12:27pm

Tidak Setuju Konsert Coldplay Dibatalkan, Ini Respons Caprice – “Apa Beza Dengan Konsert Aina Abdul?”

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan Caprice tampil berkongsi pendapatnya berkenaan cadangan pembatalan Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur demi menunjukan solidariti terhadap isu Palestin.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Menurut Caprice, masih banyak lagi cara pihak berkuasa boleh lakukan untuk menunjukkan solidariti terhadap keganasan yang berlaku di bumi Palestin.

Malah, pelantun lagu Wat Lek Wat Peace itu juga sempat membandingkan isu tersebut dengan Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 dan beberapa program hiburan yang berlangsung, baru-baru ini.

“Apa beza Coldplay dengan konsert Aina Abdul contohnya? Kenapa Aina Abdul tak ada siapa yang desak untuk batalkan.

“Apa beza juga dengan persembahan Aliff Aziz dalam program Gegar Vaganza (GV)? Bagi saya dua-dua itu adalah hiburan,” katannya.

Tambah Caprice, dia tidak bersetuju apabila orang ramai mendesak pihak berkuasa menghentikan hiburan demi bersolidariti.

Malah, dia turut mengusulkan alternatif lain yang boleh dibuat oleh orang ramai untuk menzahirkan rasa hormat.

“Palestin sudah melalui peperangan lebih dari 75 tahun sebelum kita lahir lagi. Kalau kita nak tunjuk hormat, bersolidariti, saya rasa ada banyak lagi cara lain boleh dilakukan daripada nak suruh kita jangan berhibur atau jangan tengok hiburan.

“Contohnya banyakkan berdoa, bersedekah, kongsikan informasi atau maklumat mengenai Palestin, boikot produk yang membantu mereka dan macam-macam lagi.

“Tapi kalau orang nak kita tak ada hiburan sebagai tanda hormat, baik tutup Astro, Tik Tok, pawagam, radio, Facebook dan Spotify misalnya sebab dalam platform ini ada hiburan. Jangan berhenti bersolidariti,” katanya.

Caprice bagaimana pun berharap agar orang ramai terus berdoa untuk saudara Islam yang sedang bergelut dengan Zionis di Palestin.

“Jangan berhenti doa, senjata paling kuat umat Islam,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Setuju Kalau Kita Nak Samakan Konsert Aina Abdul Dengan Coldplay” – Lah Ahmad

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Gesa Batalkan Konsert Coldplay, Ramli MS Respons: “Yang Suruh Cancel, Orang Yang Tak Beli Tiket”

ARTIKEL BERKAITAN: Batal Konsert Coldplay? Perdana Menteri Akan Bincang Dengan Mufti Wilayah

ARTIKEL BERKAITAN: “Esok Confirm Rakyat Malaysia Sibuk Nak Tengok Siapa Pergi Lepas Itu Condemn… Benci!” – Elfira Loy Bahas Isu Konsert Coldplay

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Nov 2019
Trending Tue, 15 Dec 2020

Senarai Penuh 12 Finalis Anugerah Juara Lagu 35

Tahniah kepada 12 finalis AJL35!

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Malas Cari Calon Suami, Zizi Kirana Serah Pada Ibu

Zizi Kirana nekad memberikan sepenuh kepercayaan kepada ibu untuk memilih bakal suaminya.

Hiburan Wed, 15 Feb 2023
Hiburan Mon, 6 Jan 2020
Hiburan Mon, 3 Mar 2025
Trending Thu, 25 Oct 2018

Lelaki Mati Dipatuk Ular Kapak Angkara Lambat Bawa Ke Hospital

Ular itu mematuk belakang kakinya dan tidak mahu melepaskan gigitan tersebut.

Events Sun, 3 Feb 2019

AJL33 Red Carpet Fashion Steals the Show Away

Ready to hit the show in style!

error: Content is protected !!