Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 21, 2023 @ 6:26pm

Ramai Gesa Batalkan Konsert Coldplay, Ramli MS Respons: “Yang Suruh Cancel, Orang Yang Tak Beli Tiket”

Maestro muzik tersohor negara, Datuk Ramli MS memberi respons mengenai penganjuran konsert kumpulan Coldplay: Music of The Spheres World Tour, yang akan berlangsung malam esok di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ia susulan terdapat ramai pihak yang menggesa penganjuran konsert kumpulan yang dianggotai oleh empat orang ahli iaitu Chris Martin (vokal, piano, gitar), Jonny Buckland (gitar utama), Guy Berryman (bass), dan Will Champion (dram, vokal latar) itu dibatalkan.

Menurut laporan Gempak, Ramli berkata, tidak wajar untuk membatalkan konsert di saat akhir kerana memberi impak kepada yang terlibat.

“Kalau nak cakap pasal ekonomi tu, kena selidik dari segi penjualan tiket. Orang yang dah keluar duit, dah tempah hotel, tiket penerbangan, pelancong… it’s all about money.

“Actually yang suruh cancel orang yang tak beli tiket… Contohnya, jika tiket sudah dijual sekitar 80,000 keping, jumlah ini akan menyentuh banyak perkara seperti stadium, band, penaja dan sebagainya. Ia berkait rapat dengan banyak pihak,” katanya ringkas.

Penganjuran konsert ini juga mendapat kritikan ramai pihak apabila menyifatkan sebagai melalaikan serta tidak menghormati kesengsaraan yang berlaku di Gaza, Palestin.

Konsert Coldplay Music of The Spheres World Tour dijadualkan akan berlangsung esok bakal dihadiri lebih 70,000 peminat.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan berbincang dengan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai perkara yang berbangkit itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Batal Konsert Coldplay? Perdana Menteri Akan Bincang Dengan Mufti Wilayah

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 20 Jan 2020
Featured Tue, 16 Dec 2025

Netizen Kongsi Cerita Mengemis Kasih Sayang Suami, Respons Nadia Annuar Curi Perhatian – “Saya Pun Dah Return Factory Sebab…”

Jawapan Nadia nyata mengundang reaksi netizen apabila ia disampaikan dalam nada berseloroh, namun sarat dengan sindiran halus.

Featured Sun, 16 Oct 2022
Events Wed, 5 Feb 2020

5 Pencalonan Lagu Yang Dijangka Memberi Saingan Sengit Dan Layak Diangkat Sebagai Juara AJL 34

Antara 5 pencalonan ni siapa yang korang rasa akan menang AJL34?

Events Sat, 12 Oct 2019
Hiburan Wed, 12 Jul 2023

Nafi Langgar Tempoh Iddah, Puteri Sarah Perjelas Keluar Atas Tuntutan Kerja… Bersyukur Hubungan Anak & Syamsul Semakin Baik

Hubungan Syamsul dan anak-anak sangat baik, hubungan kami berdua juga semakin baik, tiada lagi pertelingkahan – Puteri Sarah Liyana

Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Sajat Sudah Berani Tunjuk Te***?

Amboii,, Sajat berani betul tunjuk aset dekat peminat kan?

error: Content is protected !!