Euforia Bola 2026
Events By: Attiqah Mohd February 5, 2020 @ 1:38pm

5 Pencalonan Lagu Yang Dijangka Memberi Saingan Sengit Dan Layak Diangkat Sebagai Juara AJL 34

Anugerah penuh berprestij, Anugerah Juara Lagu 2020 bakal menemui penonton pada 9 Februari ini. Debaran kian terasa, siapakah yang bakal diangkat sebagai juara AJL 34?  Jom kita lihat antara saingan sengit yang bakal menggegarkan pentas AJL 34 pada tahun ini.

1) Akim Ahmad – Rampas

Mempertaruhkan lagu Rampas, lagu hasil ciptaan Stacy dengan menggunakan nama pena, Bunga Cantik ini mempunyai maksud yang tersirat dan mendalam. Buat pengetahuan korang, lagu Rampas ini ditulis sendiri oleh Stacy setelah melihat kesedihan yang dialami Akim setelah pemergian Ibu Akim sendiri. Vokal dan kekuatan Akim & The Majistret tidak dapat disangkal lagi setelah beberapa kali menjuarai dan tercalon dalam anugerah penuh beprestij ini. 

2) Hafiz Suip- Kisah Cinta

Nama Hafiz Suip tidak asing lagi di pentas AJL, pernah menjuarai AJL sebanyak 2 kali, Hafiz Suip nyata mempunyai kredibilitinya tersendiri. Menerusi lagu Kisah Cinta hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali, lirik ditulis oleh Datuk A. Aida. Lagu Kisah Cinta ini sekali lagi menguji kehebatan vokal anak kelahiran Sarawak ini. 

3) Bob Yusof- Anta Permana

Menjadi pilihan utama untuk menggantikan Dato Siti Nurhaliza, Bob mempunyai keistimewaannya tersendiri sebagai penyanyi. Paduan suara dan vokal Bob tidak dapat disangkal lagi justeru kepercayaan yang diletakkan oleh Dato Siti Nurhaliza terhadap Bob dilihat sebagai satu tindakan yang bijak. Lagu ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Mempertaruhkan elemen melayu Klasik dalam bait lirik, Anta Permana dijangka memberi saingan hebat kepada lagu-lagu lain yang bakal bertanding. 

4)Naim Danial- Sumpah

Mungkinkah AJL 34 kali ini milik penyanyi baru yang bakal meningkat naik ini? Lagu hasil ciptaan penyanyi yang baru berusia 22 tahun itu menjadi salah satu kegemaran dan dendangan anak muda zaman ini. Mempunyai lirik yang bermakna dan tersirat, ternyata pencapaian lagu ini meletakkan Naim Danial sebaris dengan penyanyi-penyanyi hebat yang lain. 

5)Aina Abdul-Sumpah

Walapun baru pertama kali dicalonkan untuk Anugerah Juara Lagu, ternyata lagu Sumpah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Aina Abdul mempunyai magisnya tersendiri. Sejurus selepas terhasilnya Sumpah,  populariti penyanyi wanita yang pernah menjadi peserta program rancangan realiti Mentor Legend ini terus meningkat naik. Kekuatan vokal dan lirik yang cukup puitis dan mendalam menjadikan lagu ini mempunyai kelasnya yang tersendiri. 

Agak-agaknya siapa yang bakal menyandang gelaran juara AJL 34 kali ni? Sama-sama kita saksikan di Youtube TV3MALAYSIA Official 9 Februari jam 9 malam tau!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Eina Azman Bawa Pembantu Menunaikan Umrah

Semoga peroleh umrah yang mabrur!

Hiburan Tue, 11 Feb 2020
Hiburan Sat, 15 Nov 2025

Aura AADC Kembali! ‘Rangga & Cinta’ Hidupkan Semula Suasana Cinta Era 2000-an

Rangga & Cinta memberi ruang kepada emosi, dialog dan kejujuran watak untuk menonjol

Hiburan Sun, 15 Oct 2023
Events Mon, 2 Mar 2020

“Senyuman Saya Malam Tadi Lebih Dipaksa Dari Biasa” Bapa Ashraf Sinclair Akui Masih ‘Sakit’

Kalau ibu Allahyarham Ashraf Sinclair masih belajar mahu menerima kehilangan anak sulungnya, bapa Ashraf, Mohamed Anthony John Sinclair pula mengakui kehilangan anaknya itu cukup memberi impak yang besar dalam dirinya. “Kehilangan. Itu yang mampu diungkapkan […]

Gaya Hidup Mon, 4 Mar 2024

Kos Sara Hidup Punca Banyak Perceraian Di Selangor

Ramai terpaksa cari pendapatan tambahan

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Peminat ‘Prank’ Nubhan Sempena Hari Jadi Ke 33

Happy Birthday Nubhan, kami di XTRA doakan awak terus sukses dunia akhirat!

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Kontroversi Alasan Nama Suhaimi Saad Digugurkan Buat Persembahan?

Akui SS, Sabar dan Reda adalah kemenangan terbesar…

error: Content is protected !!