Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 3, 2018 @ 1:45pm

Saham Media Prima Bhd Meningkat

Saham Media Prima Bhd meningkat pagi ini selepas syarikat berkenaan mengumumkan penjualan empat hartanah di Bangsar dan Shah Alam kepada PNB Development Sdn Bhd untuk RM280 juta, memberikan keuntungan bersih sekali, kira-kira 127.7 juta.

Pada 9.52 pagi, sahamnya meningkat 3.5 sen kepada 44.5 sen dengan 539,000 saham diniagakan.

Syarikat berkenaan sebelum ini menyatakan bahawa anak syarikat yang dimiliki sebanyak 98.2 peratus, New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), mengadakan tiga perjanjian jual beli bersyarat dengan PNB Development untuk cadangan penjualan hartanah berkenaan.

Empat hartanah itu adalah dua bidang tanah pegangan bebas di Bangsar di mana letaknya ibu pejabat NSTP, Balai Berita, sebidang tanah perindustrian pegangan bebas dengan bangunan di Shah Alam di mana letaknya loji percetakannya, dan sebidang tanah perindustrian juga di Shah Alam.

Public Bank Investment Bank Bhd mengekalkan saranan neutral terhadap syarikat berkenaan dan membuat ramalan keuntungan kepada unjuran kerugian bersih yang lebih tinggi untuk tahun kewangan 2018 dan ramalan untung bersih yang rendah untuk tahun kewangan 2019-2020, berikutan perbelanjaan iklan yang rendah yang mana mengimbangi anggaran penjimatan kos daripada kegiatan jualan dan pajakan semula.

“Kesan daripada jualan berkenaan dan kegiatan pajakan semula akan dicerminkan pada tahun kewangan 2019 kerana ia dijangka dilengkapkan menjelang suku keempat 2018.

“Memandangkan pengurangan rugi terkumpul daripada keuntungan penjualan sekali yang meningkatkan nilai kontraknya, harga sasaran meningkat kepada 49 sen daripada 42 sen sebelumnya,” katanya. – Bernama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Aziz Harun Penakut?

Eh kenapa pula tu?

Hiburan Thu, 31 Jan 2019
Featured Wed, 10 Aug 2022

Didakwa Lupa Diri Selepas Capai Populariti, Ini Respons Iman Troye – “Apa Yang Berlaku Disebabkan…”

“Saya minta maaf jika ada pihak terasa dengan cara kami berkomunikasi” – Iman Troye

Featured Wed, 19 Oct 2022
Featured Wed, 8 Mar 2023

Takut Perkara Sama Berlaku Selepas Berkahwin, Farahdhiya Akui Emosi Terganggu

Hmm betul sekarang ni banyak benda boleh jadi kan…

Featured Sun, 23 Jan 2022
Hiburan Tue, 18 Jun 2024

“Orang Tengah Sakit, Sibuk Tanya Bila Nak Kahwin!” – Zara Zya Luah Rasa Kesal

Soal jodoh ni bukan terletak pada tangan kita.. doa yang baik-baik. Stay Strong, Zara Zya!

Hiburan Mon, 2 Sep 2019

Dayang dan Hael, Siapa Tumpang Populariti Siapa?

Dua-dua kan memang dah popular. Apa masalahnya?

Events Wed, 17 Jan 2018

MENARIK! ELEMEN FESYEN DALAM TROFI AJL32?

Dengan tema Fesyen Dan Muzik. Evolusi Ekspresi dan Identiti bakal menampilkan sebanyak 12 lagu terbaik sepanjang tahun 2017

error: Content is protected !!