Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 9, 2024 @ 12:27pm

Sambut Hari Jadi Ke-44, BCL Titip Ucapan Istimewa Buat Tiko Aryawardhana – “Kepada Dia Yang Menerangi Hidupku Semula”

Sempena sambutan ulang tahun suaminya, penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari mencuri tumpuan apabila membuat ucapan istimewa buat Tiko Aryawardhana, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bunga Citra Lestari (BCL) kelihatan berkongsi beberapa foto dan video pendek selain ucapan istimewa buat suaminya itu sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-44.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@itsmebcl)

 

Tambah pelantun lagu Cinta Sejati itu, perjalanan bersama Tiko sepanjang proses ‘menyembuhkan’ diri mengajarkannya banyak hal terutamanya kembali merasa bahagia semula.

“Waktu kian berjalan, dan kita pun tumbuh.. Setiap detik bersamamu mengajarkanku bahwa kita selalu punya kesempatan untuk memulai kembali.

“Happy Birthday to the one who lights up my life again.. I Love You Suami @tikoaryawardhana,” tulisnya.

Untuk rekod, BCL mendirikan rumah tangga bersama Tiko Aryawardhana  pada Disember tahun lalu di Bali, Indonesia.

BCL sebelum ini juga pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengacara, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 13 tahun.

Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia pada Februari 2020 akibat serangan jantung ketika tidur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@itsmebcl)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 Apr 2020
Hiburan Thu, 20 Mar 2025

Tampilkan Lakonan Sherie Merlis, Hasnul Rahmat, Fizz Fairuz, DJ Lin & Ramai Lagi… Drama Raya ‘Hayati’ Angkat Genre ‘Psikologi Emosional’

Menampilkan barisan pelakon hebat, drama raya berjudul ‘Hayati’ menjadi sebuah naskhah unik.

Featured Wed, 20 Nov 2024

“Ini Bukan Detik Bahagia Untuk Sesiapa” – Diana Danielle Perjelas Senyum Bukan Bermaksud Gembira

Diana Danielle Danny Beeson, 32, tindakan senyum adalah kerana menganggap rakan media sebagai kawan.

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Lelaki Hina Abam Isu DNA Anak, Tampil Mohon Maaf!

Tahniah Abam kerana memaafkan tindakan lelaki tersebut terutamanya dibulan mulia ini.

Trending Tue, 31 Oct 2023
Featured Tue, 14 May 2024

“Setiap Orang Ada Cara Masing-Masing”- Gara-Gara Gerakan #Blockout2024, Daiyan Trisha Dedah Bukti… Derma RM100,000 Buat P*lestin

Betul setiap orang ada cara masing-masing. Siapa yang tuduh tu bial nampak Daiyan derma macam ni mesti ‘makan dalam’ kan? Fikri positif saja🤧

Featured Sat, 11 Apr 2020
error: Content is protected !!