Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Fatin Nurain December 19, 2022 @ 2:41pm

Tunaikan Hasrat Anak, Tya Arifin Kongsi Momen Jemput Arif & Azzahra Di Sekolah – “Mungkin Ini Impian Dia”

Pelakon dan usahawan Tya Arifin atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin, 28, telah berkongsi momen menjemput anak-anaknya, Arif Jiwa, 5, dan Azzahra Jiwa, 3 di sekolah mereka.

Menerusi perkongsian di TikTok, Tya menyatakan bahawa putrinya, Azzahra mengimpikan kehadirannya bersama suami, Asyraf Khalid untuk menghantar mereka ke sekolah setiap hari.

Namun, disebabkan kekangan waktu dan sibuk bekerja Tya tidak dapat menunaikan permintaan anaknya itu, sebaliknya dia cuba untuk menjemput mereka pulang dari sekolah sebagai kejutan.

“Hal kecil pun mereka suka kan. Pagi tadi Ara datang sebelum pergi sekolah dia akan salam dan cakap dia ingin saya menghantarnya ke sekolah. Tapi, saya tidak boleh memandu, namun Ara tetap ingin saya menjemputnya bersama ayahnya.

“Saya rasa macam ini yang dia impikan kot sebab selalunya yang hantar mereka ke sekolah adalah driver. Jadi, hari ni kita plan lepas selesai meeting kita nak buat surprise dan menjemput mereka pulang,” katanya.

Perkongsian tersebut turut memaparkan wajah gembira kedua-dua anak usahawan itu yang teruja melihat kehadiran mereka di sekolahnya.

@tyaarifinnw Hal kecil pun mereka suka kan #tyaarifin #jamumutyara #viral #fyp ♬ Bukan Cinta Biasa – Afgan

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut juga menerima pelbagai respons dari pengikutnya yang turut teruja melihat gelagat kedua-dua anaknya itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Apr 2022
Trending Tue, 13 Jul 2021
Eat Travel Tue, 31 Mar 2020

Cara buat roti jala corak segi empat

Resipi mudah Mariana Zainal

Featured Tue, 6 Aug 2024
Events Wed, 17 Jul 2019

Tahniah! Isteri TMJ Selamat Lahirkan Putera Raja

Tahniah TMJ dan Che Puan Khaleeda!

error: Content is protected !!