Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 6, 2024 @ 7:33pm

“Jangan Gunakan Naratif Mengelirukan!” – Dituduh Sebar Fitnah Pada Agama, Hafiz Mahamad Tampil Perjelas Video Tular Depan Kaabah

Pempengaruh dan usahawan sensasi, Hafiz Mahamad akhirnya tampil memberikan penjelasan susulan tuduhan menyebar fitnah pada agama yang dibuat oleh akaun bernama Hindutva Knight di platform X pada Julai lalu.

Menerusi perkongsian terkini di ruangan Instagram, Hafiz menyeru agar netizen tidak menilai berdasarkan apa yang mereka lihat dek kerana ia boleh mendatangkan fitnah.

“Hanya dengan satu scene dan beberapa saat saya ada dalam video ni awak (media berkenaan) dah keluarkan kenyataan begini.

“Bila saya lihat hantaran awak, hantaran awak lebih objektifkan untuk mengelirukan orang ramai tentang agama, tak kira la agama Hindu atau agama lain,” katanya.

Bertanggungjawab atas salah faham yang berlaku

Dalam pada itu, sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab terhadap agamanya, Hafiz tampil

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

dengan video berdurasi 15 minit disertai dengan infografik berbentuk 3D, simulasi ketika berada di hadapan Kaabah dan sari kata Bahasa Inggeris untuk kefahaman umum.

Malah, segala input yang dimasukkan ke dalam video tersebut juga telah dirujuk dengan ilmuan hebat iaitu Dr. Kamilin bin Jamilin.

Katanya, hantarannya di media sosial hari ini bukanlah cubaan untuknya menegakkan benang yang basah atau membersihkan namanya, sebaliknya terpanggil untuk membidas dan memperbetulkan kenyataan Hindutva Knight yang telah mengelirukan banyak pihak serta memfitnah agama Islam.

“Apabila awak sentuh tentang Islam, saya sebagai orang Islam dan saya bertanggungjawab di atas nya. Awak yang saya maksudkan adalah media.

“Segala mesej dari awal sampai akhir video ini adalah ditujukan untuk awak.

“Saya akan jelaskan satu per satu bagaimana Islam pentingkan keselamatan wanita Muslim,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

 

Terdahulu, pengguna laman sosial X dengan nama Hindutva Knight (@HPhobiaWatch) berkongsi semula video yang pernah dimuatnaik Hafiz sebelum ini sebagai bahan fitnah sekaligus mendakwa telah berlakunya gangguan berbentuk fizikal dan seksual terhadap golongan wanita ketika berada di kota suci Mekah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Nov 2024
Hiburan Tue, 11 Oct 2022
Trending Mon, 25 Jun 2018

正妹卸妆「脸皮整片撕掉」瞬间毁容!

抖音近来在网路上掀起热潮,有许多素人大胆秀出妆前装后的惊人对比照!

Hiburan Tue, 25 Jun 2019

Dikecam Pakai Baju Ketat, Shima Anuar ‘Sembur’ Balik Netizen

Pelakon, Shima Anuar membidas secara berhemah kritikan netizen terhadap pemakaiannya ketika sedang sarat hamil cahaya mata kedua.

Events Sat, 13 Aug 2022

Ahmad Tarmimi Siregar Masih ‘Berbisa’… Bawa Watak Utama Dalam Filem Indonesia ‘Perjalanan Pertama’

Besarnya pengorbanan Gaek Tan untuk Yahya. Min sedih betullll☹☹☹

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

“Saya Tak Sanggup Dah…”- Nabila Huda Ajak Selebriti Kurangkan Post Gambar Peribadi

Jaga-jaga bila menulis komen, INGAT, banyak mata yang memandang…

Trending Thu, 1 Jul 2021

“Jangan Malu Nak Dapatkan Bantuan” – Pernah 3 Kali Terfikir Nak Bunuh Diri, Deja Moss Dedah Alami Kemurungan Selama…

Penyanyi Deja Moss atau nama sebenarnya, Sharifah Hadijah Wan Moss, 47, mendedahkan dia pernah mengalami depresi selama empat tahun. Menurut Deja yang popular dengan lagu Asmara Ini, dia pernah terfikir untuk menamatkan nyawanya sendiri sebanyak […]

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

《妈姐》夺「首尔国际电视节」评审特别奖

2017年ntv7台庆剧《妈姐》荣获第13届《首尔国际电视节》“评审特别奖”!

error: Content is protected !!