Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 10, 2026 @ 12:34pm

“Bila Nak Kahwin, Tak Nak Anak Ke?” – Shiha Zikir Terkedu Disindir Penyanyi Terkenal Secara Terbuka 

“Air muka saya tak tahu nak letak mana.”

Demikian luahan jujur penyanyi, Shiha Zikir yang mengakui hatinya terguris apabila disindir secara terbuka oleh seorang penyanyi berhubung soal jodoh dan zuriat.

Menurut pelantun lagu AEWO itu, kejadian berkenaan baru sahaja berlaku ketika dia sedang menjalani sesi soundcheck sebuah acara.

“Ada seorang penyanyi ni, masa tu ramai-ramai. Dia tengok saya kata, ‘eh kau bila nak kahwin? Umur kau dah berapa sekarang ni? Aku tengok kawan dah lama’. Saya sangat tenang, ‘Insya-Allah, doakan tau’.

“Dia cakap pula dengan orang sebelah, ‘tak adalah dia ni, eh kau tak nak anak ke apa benda?’. Dia cakap tu seolah-olah macam benda bawa masalah dalam hidup dia,” katanya.

Shiha berkata demikian ketika ditemubual dalam program Nona menerusi segmen Pesona yang dikendalikan wartawan, Michelle Wee.

Lebih menyedihkan, kata Shiha, pertanyaan itu diulang sekali lagi walaupun dia cuba mengelak daripada situasi berkenaan.

“Semua orang ketika itu melihat, air muka saya tak tahu nak letak mana. Saya terus pergi tempat lain, bila datang semula dia cakap benda sama,” katanya.

Mengulas lanjut, Shiha mengakui dia tidak mampu menahan emosi dan menangis sebaik pulang ke hotel.

“Balik hotel ketika ‘makeup’, saya menangis tak berhenti air mata jatuh. Sekarang saya dalam fasa kalau nampak penyanyi itu ada di mana-mana, saya akan elak.

“Benda itu baru juga terjadi, kalau dia tengok pun saya rasa dia tahu saya sedang mengata dia,” katanya.

Dalam pada itu, Shiha berharap masyarakat lebih sensitif dan tidak mempersoalkan soal rezeki seseorang.

“Saya harap anda semua tolong jangan persoalkan tentang rezeki sesiapa. Kahwin rezeki, tak kahwin pun rezeki. Dari sudut positif yang saya dapat banyak masa dengan mak.

“Jangan pandang benda yang kita tak dapat, tapi pandang apa yang Tuhan dah bagi tapi dengan syarat usaha.

“Bukan saya cakap tak nak kahwin, persediaan dan baju kahwin pun dah pernah buat. Sekarang saya dah lalui, bila dah merancang kalau Allah kata jadi maka jadi, kalau tidak sebaliknya.

“Doa yang baik-baik, siapa tahu mungkin esok saya dah berkahwin,” katanya.

Sumber: Nona TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 24 Jan 2026
Featured Thu, 12 Jan 2023

Cara Cakap Kena Tegur, Netizen Terhibur Dengar Maryam Durian Kimchi Mengucap

Comel je Maryam ni! Banyak dah improvement cakap BM

Trending Tue, 31 Oct 2023
Featured Thu, 2 Jun 2022
Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Wany Hasrita Jangka Ara Johari Menang Besar Di AJL 33

Selain Ara, saya rasa Kak Misha juga ada potensi untuk menang lagu terbaik.

Hiburan Sun, 7 Jan 2018

Remy Ishak Sudah Berkahwin?

Betul ke sudah bernikah secara rahsia selepas gambar memakai baju pengantin tersebar.

error: Content is protected !!