Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie October 31, 2023 @ 7:31pm

Achey Tumpang Populariti Anak Demi Mencari Rezeki? – “Ini Adalah Untuk Masa Depan Tiara…”

Pelawak Achey tidak menyangkal dakwaan dia menumpang populariti anak, Nur Tiara Zinnirah demi perniagaan.

Menurut Achey, dia bukanlah menggunakan populariti anaknya untuk tujuan mengarut sebaliknya lebih menjurus kepada perkara yang berfaedah.

Lagi pula, perniagaan gula-gula dan coklat yang Tiara usahakan itu mendapat sambutan hangat.

Memetik laporan Berita Harian, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah mendedahkan hasil keuntungan jualan dilaburkan untuk membeli van jenazah yang digunakan bagi tujuan kebajikan.

“Memang saya gunakan populariti anak saya, tetapi lebih kepada perkara positif, bukannya mengarut.

“Saya pulangkan semula keuntungan perniagaan itu dengan membeli van jenazah untuk tujuan kebajikan,” katanya.

Achey juga mahu Tiara mengenal erti susah dan mengharapkan anaknya dapat belajar betapa sukarnya untuk mencari duit sejak kecil.

Dalam pada itu, Achey mengakui tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada perancangan tabungan kewangan untuk masa depan Tiara.

“Setiap 10 peratus keuntungan, kami masukkan ke dalam akaun simpanannya. Ini kerana kami mahu Tiara tahu duit itu adalah hasil titik peluhnya berniaga sejak kecil.

“Sebenarnya, ada banyak lagi perancangan disusun untuk Tiara. Semuanya dilakukan untuk masa depannya,” jelas Achey.

Terdahulu, sejumlah 3,000 pek gula-gula laris terjual dalam masa dua jam sahaja.

Tiara yang baharu berusia lima tahun menjual Tiara Bottle Candy iaitu makanan ringan pelbagai jenis menerusi platform TikTok Shop milik Achey.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] Aina Abdul Sedih Bakat Sering Dibandingkan Dengan Penyanyi Wanita Lain

Aina Abdul sedih dibandingkan dengan penyanyi wanita

Trending Wed, 11 Mar 2020
Drama Sat, 29 Mar 2025

Watak Ansara ‘Keluarga Itu’ Didakwa Sama Dengan Kehidupan Realiti Fattah Amin? Ini Respons Tuan Badan

Lakonan Fattah Amin, didakwa mempunyai persamaan dengan kisah peribadinya.

Trending Thu, 15 Jul 2021

Buat Laporan Polis, Siti Sarah Beri Masa 48 Jam Kepada Scammer!

Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah Raissuddin membuat laporan polis terhadap pihak yang cuba memburukkan jenama perniagaannya. Terdapat seorang wanita menipu pelanggan dan mendakwa dirinya sebagai wakil ‘dropship’ perniagaan yang diusahakan Sarah. Sarah yang mengusahakan jenama […]

Featured Sun, 14 Nov 2021

“Saya Tak Berkempen Pun” – Fattah Amin Menang Pelakon Filem Lelaki Popular Atas Usaha Peminat

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin memenangi trofi Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34. Fattah menewaskan empat calon lain iaitu Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Syahmi Sazli dan Izuan Fitri. Menurut Fattah, projek […]

error: Content is protected !!