Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 15, 2021 @ 7:50pm

Buat Laporan Polis, Siti Sarah Beri Masa 48 Jam Kepada Scammer!

Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah Raissuddin membuat laporan polis terhadap pihak yang cuba memburukkan jenama perniagaannya.

Terdapat seorang wanita menipu pelanggan dan mendakwa dirinya sebagai wakil ‘dropship’ perniagaan yang diusahakan Sarah.

Sarah yang mengusahakan jenama pakaian dan hijab Loveta menuntut wanita itu menjernihkan kembali keadaan dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Pada awalnya, pihak kami menerima beberapa mesej peribadi daripada pelanggan di Instagram. Kami pelik kerana ada pelanggan yang masih belum menerima produk dibeli. Rupanya ia dibeli daripada individu yang mendakwa sebagai ‘dropship’ Loveta.

“Perkara ini sudah memburukkan jenama perniagaan saya dan saya kena ambil tindakan. Laporan telah dibuat semalam di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor oleh pegawai pemasaran Loveta.

“Sejujurnya, saya rasa sangat terkilan dan marah! Wujud pihak yang sanggup mencemarkan nama baik saya. Jenama yang saya usahakan ini bukanlah hanya mengenai saya semata-mata, malah saya sendiri menjaga banyak staf dan ejen yang mahu mencari rezeki.

“Saya ingin membuat penjelasan dan menegaskan yang dia bukan ‘dropship’ kami. Setakat ini, sudah ada empat pelanggan yang ditipu. Mereka tampil mendakwa belum menerima produk yang dibeli daripada wanita ini.

“Saya masih mahu mampu bersabar lagi dan saya memberi masa 48 jam untuk wanita ini selesaikan masalah yang dilakukan! Dia perlu membayar segala kerugian yang ditanggung oleh pelanggan.

“Jika dia ingkar, saya akan ambil tindakan lebih keras dan ia akan melibatkan tindakan undang-undang,” katanya Sarah dalam satu sidang media virtual petang tadi.

Mengakui kesabarannya mempunyai batas, Sarah bertindak tegas agar perkara sama tidak berulang lagi.

“Sabar memang boleh sabar, tapi kesabaran saya ada hadnya. Melihat keadaan sekarang ini, ramai yang terjejas, ada yang susah nak makan dan cari duit. Saat begini, saya terima pula berita ada manusia yang tergamak menipu dan yang lebih membuatkan saya geram, menggunakan jenama perniagaan saya.

“Selama ini, ada orang menyampaikan fitnah dan perkara tidak benar tapi saya malas nak layan. Tapi, tak sangka bila saya diam, ada yang bertindak melampau. Saya rasa kini saya kena tegas.

“Saya berniaga kerana mahu menolong orang lain, saya nak sama-sama bantu tapi ada pula yang senang-senang menipu. Saya usahakan perniagaan Loveta dan Ratasya ini adalah untuk membantu orang di luar sana menjadi dropship atau ejen saya.

“Saya sanggup keluarkan duit sendiri semata-mata nak ubah nasib mereka tanpa perlu keluar modal yang besar. Saya tekad menjalankan perniagaan ini kerana ada permintaan serta nak kongsi rezeki. Saya tak pernah terlintas yang orang akan gunakan saya untuk jadi scammer,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 26 Dec 2021

“Ini Barulah Keluarga Malaysia!” – Kaum India, Melayu Sama-Sama Bersihkan Masjid & Kuil

Banjir besar yang melanda negara baru-baru ini bukan sahaja menjejaskan rumah dan kedai perniagaan tapi juga rumah-rumah ibadat. Beberapa video yang dimuat naik oleh Nallan Dhanabalan dengan nama pengguna @nallan.dh di TikTok merakamkan kerja-kerja pembersihan […]

familuv Tue, 10 Jan 2023

Kongsi Foto Sentuhan Klasik, Ramai Puji Keluarga Que Haidar Macam Bangsawan!

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon, Que Haidar di aplikasi TikTok  sehingga berjaya mencuri perhatian ramai, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar memuat naik beberapa […]

Featured Sat, 25 Oct 2025

“Apa Salahnya Akaun Anak Saya Tu Kena Report Beramai-Ramai” – Fazura

Ini adalah kali ketiga perkara tersebut berlaku dalam tempoh dua minggu.

Featured Wed, 16 Nov 2022

Buat Trend ‘Jealous? You Don’t Even Exist To Me’ Di TikTok, Ramai Terhibur Lihat Gelagat Ain Edruce & Suami

Sudah pasti ramai yang mengetahui, pengacara dan pelakon Ain Edruce sering kali mengusik suaminya, Amirul Hafiz sehingga berjaya meraih perhatian ramai di media sosial. Terbaharu, perkongsian Ain di TikTok miliknya sekali lagi mencuri tumpuan warganet […]

error: Content is protected !!