Hiburan By: Padin May 18, 2025 @ 4:58pm

Bakal Berkahwin Dengan Amira Othman Pada 25.5.25? Fattah Amin Nafi Khabar Angin

Pelakon Fattah Amin sekali lagi tampil menafikan dakwaan bahawa dia bakal melamar Amira Othman sebagai isterinya pada 25 Mei ini.

Memetik laporan BH Online, Fattah memaklumkan tarikh yang disebut-sebut itu sebenarnya tidak pernah ditetapkan sebagai hari pernikahan, sama ada oleh dirinya mahupun Amira.

Namun begitu, Fattah tidak menolak kemungkinan peminat menyebarkan khabar tersebut kerana tarikh itu dianggap cantik untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya perasan juga ada yang kata 25.5.2025 adalah tarikh kami nikah. Tiada, saya menafikannya. Tiada apapun akan berlaku pada tarikh ini.

”Mungkin peminat suka melihat artis kesayangan mereka meneruskan ke peringkat seterusnya, tapi buat masa sekarang, kami tidak lebih dari rakan sekerja,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Fattah berkata pertemuannya dengan keluarga Amira di Singapura baru-baru ini hanya berlaku secara tidak dirancang.

“Ada penganjur acara pernah panggil saya. Jadi, penganjur mahu Amira ada bersama untuk acara, baru-baru ini.

”Acara ini juga adalah ‘motivational talk’, jadi Amira setuju. Secara kebetulan, keluarga saya pun nak ikut. Saya dapat tahu, keluarga Amira nak datang pada saat akhir.

”Keluarga Amira tinggal di Johor Bahru, jadi tidak jauh. Itu yang secara kebetulan kami berjumpa.

”Keluarga Amira sangat baik dan merendah diri. Kalau tengok adiknya, Irfan Harris sangat sopan santun, namun, karakternya suka menyakat. Dia suka kacau Amira, jadi klien suka. Kami okay sahaja sebab ia sekadar gurauan.

”Kami okay selagi boleh menggembirakan peminat dan tak lebih-lebih,” katanya.

Mengulas tentang penampilan mereka yang sering dilihat mengenakan pakaian sedondon, Fattah menjelaskan bahawa perkara itu turut berlaku secara tidak disengajakan.

“Kita sebenarnya ada kontrak bersama beberapa jenama. Selain itu, ada sekali saya dan Amira berlakon teater sebagai suami dan isteri, jadi kami rancang pakai sedondon.

”Saya dan Amira buat atas dasar kerja dan pakai disebabkan watak. Ia juga cantik untuk visual,” katanya.

Fattah turut menjawab dengan tenang apabila terus diasak soalan berkaitan Amira, sambil mengakui dia memahami minat peminat dan pertanyaan daripada media.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama timbul spekulasi mengenai perkahwinan antara Fattah dan Amira. Sebelum ini, mereka dikhabarkan bakal disatukan selepas sambutan Aidilfitri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kes Mahkamah Fri, 28 Jul 2023

Atas Faktor Masa & Wang, Ahli Keluarga Mangsa Amang Seksual PU Azman Dedah Tarik Balik Laporan?

Pada Allah saja kami berserah, semoga si pelaku bertaubat – Ahli keluarga mangsa

Hiburan Tue, 21 Sep 2021

“Mohon Tak Payah Datang Malaysia Lagi” – Selamat Berhijrah Ke Bali Bersama Keluarga, Nourul Depp Jadi Mangsa Buli Siber Netizen

Berhijrah ke Bali, Indonesia bersama keluarga, penyanyi Nourul Depp menjadi mangsa buli siber oleh netizen yang tidak bertanggungjawab. Mendedahkan perkara terbabit di salah satu hantaran Instagram miliknya, Nourul kesal dengan sikap segelintir wargamaya yang keterlaluan. […]

Featured Wed, 28 Dec 2022
Featured Sun, 6 Jun 2021

Mira Filzah Kongsi Cara Tidak Dedah Lengan & Aurat Ketika Ambil Suntikan Vaksin

Pelakon dan pengacara Nona, Mira Filzah baru baru ini berkongsi pengalaman sewaktu menerima suntikan vaksin. Berkongsi perkara tersebut di laman Instagramnya, Mira mendedahkan bahawa terdapat cara bagi perempuan muslimah untuk menjaga aurat ketika menerima vaksin. […]

Featured Sun, 10 May 2026

Keeth Lancar EP ‘Hollywood Diaries’, Buktikan Rock Malaysia Mampu Tembus Pasaran Global

Keeth bakal mencipta satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan seninya menerusi pelancaran lagu ‘extended version’ (EP) terbaharunya berjudul, Hollywood Diaries.

Hiburan Tue, 18 Jun 2019

Tak Sampai Setahun Berkahwin, A.Aida Umum Sudah Bercerai

Fail perceraian sudah dibuat sejak 4 April lalu di bawah seksyen 47 iaitu meminta kebenaran mahkamah untuk bercerai secara baik dan seterusnya kami sah bercerai pada 25 April lalu.

error: Content is protected !!