Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 15, 2024 @ 4:55pm

Dilihat Tenang Meski Berdepan Isu Rumah Tangga, Datuk Red Dedah Tidur Dalam Kereta Lepas Cerai – “Mereka Hanya Nampak Dari Segi Luaran”

“Mereka hanya nampak dari segi luaran,” demikian kata Datuk Red yang dilihat tenang meskipun berdepan dengan konflik rumah tangga.

Menurut Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, kehidupannya sejak kebelakangan ini tidak terurus dan hanya mampu mengadu nasib kepada Sang Pencipta.

“Mereka hanya nampak dari segi luaran. Hakikatnya dalam hati tiada siapa tahu. Setiap kali selepas solat, saya akan mengadu pada Allah SWT sambil menangis.

“Banyak perkara menyedihkan berlaku dan kehidupan saya memang tidak terurus. Saya baru sahaja menyewa pejabat dan sebahagiannya menjadi tempat untuk saya menginap.

“Disebabkan itu, saya terpaksa tidur dalam kereta sementara proses renovasi selesai,” katanya.

Memetik laporan BH Online, Datuk Red juga mengakui bahawa dia berat hati untuk menceraikan isteri pertamanya,  Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, semalam.

“Berat hati untuk saya buat keputusan ini (bercerai), namun saya reda

“Saya sudah puas pujuk dan minta diberi peluang untuk memperbaiki kehidupan dari segi kewangan.

“Malangnya, rayuan saya tidak diterima dan perjalanan perceraian tetap diteruskan. Kalau saya tak lafaz cerai, takut lagi panjang cerita.

“Baru tiga minggu lalu saya ceraikan Adira, hari ini saya ceraikan isteri pertama pula,” jelasnya.

Sekadar info, Datuk Red juga telah menceraikan isteri keduanya, Adira Suhaimi dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor, pada 23 April lalu.

Artikel Berkaitan: Sifatkan Datuk Red Lelaki Bertanggungjawab, Bekas Isteri Reda Berpisah Tanpa Sebarang Tuntutan – “Takpalah, Saya Cari Nafkah Sendiri”

Artikel Berkaitan: Datuk Red Sah Cerai Isteri Pertama Dengan Talak Satu, Hasrat Pertahankan Rumah Tangga Musnah

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 May 2021

“Selagi Tiada Rasa, Mana Mungkin Boleh Melupakan” – Intan Saleh Luah Perasaan Setelah Bersua Dengan Izreen Azminda?

Pelakon Izreen Azminda dan bekas isteri kepada suaminya, Intan Saleh akhirnya dipertemukan setelah empat tahun dalam program Melodi Raya yang bersiaran semalam. Menerusi Instagram Izreen, aktres itu memuat naik foto bersama Intan berserta kapsyen ‘memohon […]

Trending Thu, 23 Apr 2020
Featured Thu, 9 Feb 2023
Featured Tue, 6 Sep 2022

Genap 20 Hari Pemergian, Uyaina Arshad Luah Rasa Terkilan Tak Sempat Peluk Abang – “Kalau Boleh Undur Masa”

Allahu sebaknya 😭Semoga Uyaina tabah hadapi ujian.. Ciptalah momen indah bersama orang tersayang sebelum ia jadi kenangan ❤️

Trending Thu, 11 Oct 2018

1943年旧照赫见「西装男低头滑手机」

智慧型手机可说是近代最好、最便利的发明之一,然而,最近推特上疯传一张照片,照片拍摄于1943年,却有人「低头滑手机」?

error: Content is protected !!