Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 14, 2024 @ 7:06pm

Sifatkan Datuk Red Lelaki Bertanggungjawab, Bekas Isteri Reda Berpisah Tanpa Sebarang Tuntutan – “Takpalah, Saya Cari Nafkah Sendiri”

“Takpalah, saya cari nafkah sendiri jelah untuk anak-anak saya,” kata bekas isteri, Datuk Red, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim yang reda dirinya diceraikan dengan talak satu tanpa sebarang tuntutan.

Terdahulu, Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu telah menceraikan isteri pertamanya, Sharifah dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, hari ini.

Dalam proses perceraian tersebut, peguam Datuk Red, Muhammad Akmal Amzan menjelaskan bahawa Sharifah juga bersetuju untuk tidak membuat beberapa tuntutan terhadap bekas suaminya seperti nafkah idah dan mutaah.

Menurut Sharifah, dia sedar status bekas suaminya sudah muflis dan enggan menambah beban terhadapnya.

Menerusi temu bual bersama hlive!, Sharifah yang mesra disapa Datin Red menyifatkan bekas suaminya itu seorang lelaki yang bertanggungjawab.

“Sebab saya dah tahu dia dah mufliskan. Saya tak nak menyusahkan dia. Tapi saya tahu dia tak sekejam itu terhadap. Saya tahu dia baik. Dia seorang yang bertanggungjawab,” katanya.

Terdahulu, Datuk Red telah menceraikan isteri keduanya, Adira dengan talak satu, pada 24 April lalu.

Sekadar info, Sharifah telah memfailkan perceraian terhadap Datuk Red pada, Januari lalu.

Sumber: hlive!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 Mar 2021
Featured Tue, 12 Apr 2022

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton Dan George Russell Di Malaysia!

Lewis Hamilton dan George Russell di Malaysia!

Trending Fri, 7 May 2021

Wajib Tonton… Jom Tengok 5 Iklan Raya Best Tahun Ini!

Setiap tahun, syarikat korporat di Malaysia pasti akan tampil dengan video kreatif sempena Aidilfitri. Bukan sekadar hiburan, kemunculan iklan raya turut dinanti seluruh rakyat Malaysia kerana mesej yang ingin disampaikan melalui setiap video diterbitkan. Meskipun […]

error: Content is protected !!