Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 29, 2023 @ 5:31pm

Berpakaian Sendondon, Sufian Suhaimi Dedah Teman Wanita – “Saya Panggil Dia Sayang…”

Penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya mendedahkan identiti teman wanitanya semasa menghadiri majlis akad nikah Aiman Tino pada Khamis lalu.

Memetik laporan Harian Metro, dia tidak enggan membuka mulut soal nama wanita tersebut dan hanya menggelarkannya dengan panggilan sayang.

“Betul, itulah teman wanita saya. Usianya 23 tahun. Tapi saya tak nak terlalu mendedahkan identiti dia kerana bimbang perkara itu buatkan dia tak selesa.

“Bukan hendak berahsia tapi saya tak mahu terlalu berkongsi. Kalau keluar bersama, kami buat seperti biasa dan tidak pula menyorokkan hubungan kami.

“Saya panggil dia ‘sayang’, dia masih lagi menuntut di sebuah universiti dan hampir menamatkan pengajian,” katanya.

Pelantun lagu Dimata Mu yang menggayakan warna pakaian sendondon dengan kekasihnya ini mengakui masih dalam fasa mengenal hati budi masing-masing.

“Saya kenal dia daripada kawan pada tahun lalu. Keluarga masing-masing juga sudah mengetahui perhubungan kami cuma belum berjumpa lagi.

“Saya memang tidak merahsiakan pun cuma enggan bercerita kepada umum dengan siapa saya berkenalan,” ujarnya.

Disoal tentang perancangan mereka ke fasa seterusnya, Sufian mengharapkan hubungan mereka berakhir dengan ikatan perkahwinan.

“Saya memang tiada sasaran bila akan berkahwin namun saya sudah bersedia untuk ke arah itu.

“Sudah tentu kami ada bercakap soal hala tuju hubungan ini sebab kami tidak mahu membuang masa. Kalau dah kenal dan bercinta pasti nak berkahwin.

“Tetapi kami tiada sebarang perancangan setakat ini atau menghitung hari,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Nafi Campur Tangan Orang Ketiga, Zahid Mengaku Kembali Solo

Zahid dan bekas isteri, Sarah sah bercerai pada 18 Julai lalu.

Featured Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Fri, 9 Aug 2024
Featured Sat, 26 Jul 2025
Hiburan Sat, 16 Nov 2024
Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Ismail Izani Mudah Jatuh Hati Pada Gadis Lembut

Ismail Izani suka tengok gadis lemah lembut persis ibunya dan mudah jatuh hati pada gadis lembut

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Sharnaaz Tolak Cerai, Air Mata Nabila Jatuh Di Mahkamah

Pelakon Cinta Bukan Kristal ini mahu mengikut prosedur mahkamah yang ditetapkan.

Featured Mon, 17 Oct 2022

“The Hate Is Real! Aku Mintak Dilayan Ke Dari Kau?” – Caprice Pertahan Pendapat, ‘Kebal’ Dengan Respons Cikgu Fadli

Selepas terpalit dengan isu kontroversi membabitkan kes amang seksual pendakwah selebriti sehingga isterinya turut digelar dengan panggilan kurang sopan, penyanyi rap Caprice sekali lagi diduga dengan isu ‘panas’ membabitkan seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu […]

error: Content is protected !!