Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi January 2, 2024 @ 1:58pm

“Saya Melangkah Tahun Baru Dengan Duka Dan Harapan, Semoga Ada Keadilan Buat Anakku” – Ibu Zayn Rayyan

Ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme yang dipercayai mati dibunuh Disember lalu, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, iaitu Ismanira Abdul Manaf membuat perkongsian di media sosialnya.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ismanira berharap agar keadilan terhadap anaknya itu dapat ditegakkan dan nasib Zayn Rayyan terbela.

“Selamat tahun baru 2024. Kali ini saya melangkah tahun baru dengan duka dan harapan.

“Harapan agar nasib anak saya terbela, semoga ada keadilan buat anakku,” tulisnya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu tidak menyangka pengakhiran tahun 2023 yang dianggap bahagia itu bertukar dengan air mata.

“Sepanjang tahun 2023 kami bahagia, sering bercuti dan luang masa bersama.

“Namun akhir tahun kami tak jangka, kami diuji sampai ke tahap ini, tak tertanggung rasanya.

“Ujian ini sangat berat bagi saya dan kami sekeluarga, namun tetap harus tabah.

“Semoga kita disatukan semula di syurga Allah, syurga yang kehidupannya kekal abadi selamanya. Aamiin Aamiin Ya Rabb Ya Mujib. #justice4zayn,” harapnya.

Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, Sungai Buloh, selepas dilaporkan hilang lebih 30 jam.

Lebih mengejutkan, kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Kini, keluarga Zayn Rayyan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis menjejak pelaku.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rindu Yang Paling Sakit Adalah Rindu Pada Orang Yang Telah Tiada” – Ibu Zayn Rayyan

 ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Zayn Rayyan Reda, Serah Siasatan Kepada Polis – “Saya Tak Sangka Ia Berakhir Macam Ini”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa Lagi Ya Abang, Mommy Rindu Sangat… Maafkan Mommy” – Ibu Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil Bedah Siasat Sahkan Kanak-Kanak Autistik Zayn Rayyan Mati Dibunuh

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Heo’s Diner: Pengembaraan Kulinari Merentas Mara Yang Penuh Misteri & Keajaiban!

Tayangan serentak dengan Korea, Heo’s Diner hanya di Tonton

Trending Wed, 24 Jul 2024

Dirasmikan oleh CEO FINAS, Malaysia Anjur Kejohanan BEYBLADE X Sea Cup Buat Julung Kalinya

Wakil pelbagai negara seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, dan Indonesia turut bertanding.

Featured Thu, 2 Sep 2021
Featured Mon, 30 Aug 2021

Perdana Menteri Jalani Kuarantin Kendiri, Tidak Hadir Istiadat Angkat Sumpah

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19. Sehubungan itu, beliau tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan […]

Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Tue, 21 Jan 2020
error: Content is protected !!