Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 22, 2023 @ 2:00pm

“Rindu Yang Paling Sakit Adalah Rindu Pada Orang Yang Telah Tiada” – Ibu Zayn Rayyan

Ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme yang dipercayai mati dibunuh Disember lalu, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, iaitu Ismanira Abdul Manaf membuat perkongsian di media sosialnya.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ismanira memuat naik gambar bersama anak sulungnya itu yang menyatakan kerinduan teramat sangat.

“Terlalu rindu,” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut disertakan dengan foto-foto kenangan bersama Zayn Rayyan.

Dalam masa sama, Ismanira juga turut membuat hantaran di ruangan Instagram story yang menyatakan rindu pada orang yang tiada adalah menyakitkan.

“Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah tiada,” luahnya.

Awal Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, Sungai Buloh, selepas dilaporkan hilang lebih 30 jam.

Lebih mengejutkan, kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Kini, keluarga Zayn Rayyan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis menjejak pelaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Zayn Rayyan Reda, Serah Siasatan Kepada Polis – “Saya Tak Sangka Ia Berakhir Macam Ini”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa Lagi Ya Abang, Mommy Rindu Sangat… Maafkan Mommy” – Ibu Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil Bedah Siasat Sahkan Kanak-Kanak Autistik Zayn Rayyan Mati Dibunuh

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 15 Mar 2018

Dinobat Kanak-Kanak Perempuan Paling Cantik Di Dunia, Ramai Lelaki Ajak Anastasia Knyazeva Dating!

Baru berusia 7 tahun, namun ramai lelaki mengajaknya keluar dan apa yang mengejutkan kebanyakan mereka adalah golongan dewasa. 

Featured Fri, 13 Jul 2018

Ini Resepi Keropok Lekor Viral Guna Mi Segera. Memang Rangup Dan Sedap!

Sekali gigit memang rangup keropok lekor mi segera ini!

Trending Wed, 29 Mar 2023
Featured Fri, 19 Aug 2022
#ThrowbackXTRA Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Tersingkir DAA 4, Fauziah Gambus Mengaku Sudah Jatuh Cinta?

Menerusi laman Instagram Fauziah, penyanyi berusia 30 tahun ini mengucapkan terima kasih kepada stesen televisyen Indosiar yang memberinya peluang untuk menyerlahkan bakat di sana.

Events Thu, 18 Jan 2018

SUPER SHOW 7 IS COMING TO MALAYSIA, BUT WHEN?!

Super Junior promised Malaysian fans that they will come back here for their major concert, Super Show 7. There are already rumours running around about the concert!

error: Content is protected !!