Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 5, 2023 @ 4:23pm

Meriah & Mewah! Majlis Sanding Tom & Fuad Rahman Dapat Tajaan RM1 Juta – “Alhamdulillah, Ingat Nak Buat Sederhana Saja”

Hari ini berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan pasangan selebriti Fuad Rahman dan Tom yang diadakan di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru.

Majlis yang diadakan di lokasi sama acara Foodstival anjuran StarVendors itu berlangsung penuh warna-warni dan meriah dengan kehadiran rakan artis dan peminat yang meraikan pasangan sama cantik sama padan itu dalam persalinan songket berwarna krim cerah.

Majlis perkahwinan tersebut sekali gus mencipta rekod apabila mereka menjadi pasangan selebriti pertama yang melangsungkan resepsi di acara StarVendors.

Menariknya, majlis resepsi tersebut telah ditaja oleh pihak Star Vendors dengan jumlah tajaan sebanyak RM1 juta.

“Terima kasih kepada Kak Ifa Raziah dan team kerana meraikan perkahwinan kami ini. Saya tak sangka kerana niat ingin buat yang sederhana sahaja. Syukur alhamdulillah,”kata Fuad ringkas.

 

Pada 26 Februari lalu, Fuad yang juga penyanyi berasal dari Singapura itu sah menikahi Tom sebagai isteri dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Batam, Indonesia.

Dalam majlis itu, Tom atau nama lengkapnya Raja Farah Afzal Raja Ikram menerima mas kahwin sebentuk cincin daripada Fuad. Bagaimanapun harga mas kahwin tersebut dirahsiakan.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah yang dilantik dengan disaksikan oleh dua orang abang kepada Fuad iaitu Rozlan Abdul Rahman dan Rasli Abdul Rahman serta berwalikan adik lelaki Tom, Raja Ahmad Faris Afiq.

Berkongsi mengenai detik percintaan mereka berdua, Fuad tidak menyangka apabila jodoh mereka yang sebelum ini  terhenti kembali bertaut semula selepas sama-sama menyertai program realiti nyanyian.

“Kalau ingin berkongsi mengenai detik bercinta itu, sudah lama sebenarnya. Kami bercinta daripada dahulu, cumanya on off sahaja. Kemudian kami tidak berhubung untuk masa yang lama.

“Kami tidak dijodohkan ketika itu apabila Tom sudah berkahwin lain dan saya berjumpa dengan jodoh saya. Kemudian siapa sangka, takdir menemukan semula kami di Gegar Vaganza 9.

“Sejak daripada GV, saya merasakan itu masa yang paling tepat untuk pilih dia sebagai isteri. Daripada GV juga saya dah beritahu Tom saya ingin bersama dia sampai keluar uban saya, sampai akhir hayat.

“Saya memang sangat sayang dia, berjumpa keluarga pihak dia dan pihak saya. Semua terima dengan baik dan gembira bila tahu kami ingin mendirikan rumah tangga,” kongsi Fuad.

Pasangan itu mengambil pentas utama acara Foodstival dengan hiasan pelamin yang cukup mewah sambil diraikan oleh ribuan tetamu yang hadir.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 23 Oct 2019
Hiburan Tue, 27 Jan 2026

“Kita Semua Sama, Tak Kira Drive Kereta Apa Pun… Yang Penting Buang Sifat Riak & Takbur” – Nur Fazura

Nur Fazura sempat menitipkan pesanan kepada pengikutnya untuk sentiasa merendah diri

Hiburan Sun, 6 Jan 2019

‘Isteri Meroyan Setiap Kali…’ Tauke Jambu Nafi Cerai Isteri Guna WhatsApp

Semoga ada penyelesaian terbaik antara Tauke dan Yaya…

Trending Wed, 22 Apr 2020

Air Asia Umum Penerbangan Beroperasi Semula 29 April Ini

Wah, Air Asia bakal menerbangkan sayapnya tak lama lagi..

Trending Sat, 23 May 2020
Hiburan Tue, 21 Nov 2017

Marsha Ingin Ke Umrah Lagi Kalau Ada Rejeki

Walaupun takut apabila hendak mengerjakan umrah dari pengalaman yang di dengar, ianya tidak mematahkan semangat untuk pergi kali kedua mahupun ketiga

LIFESTYLE Wed, 18 Apr 2018

Wow! Gincu Untuk Penggemar ‘Musang King’

Hadir dalam warna kuning seakan-akan warna durian musang king, kami pasti korang yang sukakan durian memang rasa ‘kenyang’ jer bila gunakan gincu ini. Tak menyesal punya beb!

Hiburan Thu, 17 Oct 2024

“Jangan Dah Terhantuk Baru Nak Usaha, Rujuk Bukan Untuk Semua Orang” – Diana Danielle

‘Perempuan nak tengok effort dalam perkahwinan, bukan di pintu mahkamah’ – Diana Danielle

error: Content is protected !!