Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain July 14, 2023 @ 11:35am

Ernie Zakri & Syamel Selamba Nyanyi Lagu Baby Shark Versi Arab Ketika Live, Peminat Komen: “Pening Aku Jadi Khawla”

Pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminat selepas melihat gelagat mereka ketika live di TikTok, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di platform tersebut, Ernie dan Syamel sedang bercerita tentang lagu kegemaran anak mereka, Nur Khawla Soleha.

Menurut Syamel, puteri kesayangannya itu kini suka mendengar lagu Baby Shark Tallava versi Arab.

Lebih mencuri perhatian, pasangan itu terus menyanyikan lagu tersebut sambil mengagah si kecil itu.

“Baby Shark pun dia taknak yang biasa yang kartun tu. Dia suka yang Tallava. Macam Khawla dia tak suka lagu-lagu yang biasa punya. Dia suka lagu yang ada arrangement,” katanya.

Menyedari gerak-geri mereka bakal diviralkan, Ernie dan Syamel sempat mengusik peminatnya untuk tidak memuat naik babak tersebut di TikTok.

“Awak semua kena janji satu je, no more lagi FYP. Dah enough is enough. Kami dah cuci tangan dah. Kami dah tak perlu dah buat comeback macam ni. Kami buat ni pun sebab awak semua okay,” jelasnya.

@aireyha Baby Shark Song By BMKN🤣 If fyp, jangan marah ye @Syamel 😂😂😂 Kreatif ye couple nih, jangan lupa undi diaorg dekat @ABPBH35 2023 untuk kategori Duo / Berkumpulan Popular❤️ #undiundiundi #abpbh35 #ernienators🤍 #syamellover ♬ original sound – Intan Seha

Terhibur dengan gelagat pasangan itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminat mereka di ruangan komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Aug 2021
Hiburan Sun, 22 Feb 2026

Ben Amir, Amyra Rosli, Ikmal Amry, Puteri Aishah Bergandingan Dalam ‘Khianat Yang Terpilih’

Dibintangi Ben Amir, Amyra Rosli, Ikmal Amry dan Puteri Aishah, Khianat Yang Terpilih bakal menemui penonton bermula 26 Februari di slot Akasia TV3.

Featured Mon, 11 Oct 2021
Trending Mon, 6 Aug 2018

Lombok Bergegar Lagi, Rakyat Malaysia Diminta Bertenang

“Kedutaan Besar Malaysia kini mengaktifkan Bilik Operasi dan rakyat Malaysia yang berada di Lombok yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi nombor telefon +62215224947 dan +62 8138081 3036 (Whatsapp) serta emel [email protected] / [email protected],” kata kenyataan Kedutaan Besar Malaysia.

Trending Sat, 11 Aug 2018

Muhyiddin Yassin Mungkin Cuti Lebih Lama Jalani Kemoterapi

Penyakit seumpama ini memerlukan tempoh rawatan yang panjang. Beliau akan menjalani rawatan susulan. Beliau mungkin jalani kemoterapi.

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

“Kami Tak Pernah ‘Senarai Hitam’ Selebriti” – Fiziwoo Kekal Profesional

Fiziwoo menegaskan tidak pernah menyenarai hitam mana-mana selebriti yang terpalit dengan kontroversi

error: Content is protected !!