Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 31, 2024 @ 3:11pm

“Benda Dah Berlaku, Saya Pun Tak Dapat Kawal Dia” – Kisah Cerai Didedahkan Sahabat Sendiri, Irma Hasmie Mahu Berdamai Dengan Takdir

Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie enggan terlalu mencanang perihal peribadi dan lebih memilih untuk mengutamakan ketenangan diri sendiri dan keluarganya.

Mahu berdamai dengan takdir, Irma membuat keputusan tersebut bagi mengelak orang ramai terus membuat spekulasi yang tidak benar mengenai rumah tangganya sebelum ini.

“Apa yang terjadi mengenai rumah tangga saya sebelum ini adalah satu proses yang panjang. Untuk waktu sekarang, boleh dikatakan saya okey, Alhamdulillah.

“Perkara itu terlalu peribadi dan saya rasa masyarakat pun memahami keadaan itu. Saya tak rasa perlu buat apa-apa kenyataan kerana cukup hanya orang terdekat sahaja yang tahu,” katanya.

Irma berkata demikan ketika ditemui pada majlis pelancaran BeCalm Cookies di Menara Star, di sini, hari ini.

Sementara itu, Irma bagaimanapun tidak dapat mengawal tindakan sahabatnya, Reen Emran yang berkongsi mengenai berita penceraiannya kepada umum.

“Ia berlaku di luar kawalan saya sebenarnya. Tentulah orang terdekat dengan saya mengetahui perkara sebenar. Namun itulah saya cakap, kawan sendiri pun saya tak mampu nak kawal tindakannya.

“Mungkin mereka rasa hanya mahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat.

“Saya pun tak boleh cakap lebih-lebih atau kawal kehidupan mereka. Benda itu sudah berlaku pun. Tetapi saya tetap dengan pendirian saya dengan cara sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Irma bersyukur kedua-dua anak yang kini bawah jagaannnya iaitu iaitu Syed Irfha,11, dan Irma Nur Naylie,10, kini berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah, anak-anak okey, Insya-Allah. Saya syukur sangat-sangat mereka baik-baik belaka semuanya,”katanya.

Sekadar info, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Terdahulu, media melaporkan perkahwinan Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer sudah berakhir.

Perkara itu disahkan rakan baik Irma iaitu Reen Emran menerusi Instagram Stories pada tanggal 30 April lalu.

Kemudian, lebih mengukuhkan lagi perkara berkenaan apabila bekas suaminya, mengesahkan telah menjalani proses perceraian pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Selesai Tunai Haji, Netizen Doakan Buat Irma Hasmie – “Kehilangan Cinta Manusia Tak Apa, Jangan Hilang Cinta Allah” 

Artikel Berkaitan: “Tiada Unsur Orang Ketiga, Keputusan Untuk Kahwin Adalah Selepas Bercerai” – Bekas Suami Irma Hasmie

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Aug 2025

[VIDEO] Netizen Kritik Zarina Anjoulie, Didakwa Buat ‘Content’ Dengan Hot Daddy?

Zarina Anjoulie dikritik didakwa buat video dengan Hot Daddy?

Trending Tue, 19 May 2020

Jangan Lepaskan Peluang Korang Untuk Saksikan Program Terbaik Syawal Ini Di TV3!

Boleh tonton juga menerusi Youtube TV3 Malaysia okay!

Hiburan Sat, 2 Sep 2023
Trending Tue, 17 Sep 2019

201 Sekolah Di Selangor Ditutup Hari Ini

Makin serius pula jerebu, naik mendadak hingga terpaksa tutup sekolah.

Trending Fri, 26 Mar 2021
error: Content is protected !!