Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 22, 2026 @ 6:22pm

Ben Amir, Amyra Rosli, Ikmal Amry, Puteri Aishah Bergandingan Dalam ‘Khianat Yang Terpilih’

“Cinta pertama mungkin tak pernah benar-benar hilang, ia cuma menunggu saat untuk melukai semula.” Itulah premis yang menjadi tunjang kepada Khianat Yang Terpilih, terbitan Mache Allstar dan arahan Ejump Mohd, sebuah naskhah yang mengangkat gelora cinta terlarang serta persoalan paling getir; apabila kenangan lama kembali menyala dan cinta terlarang diuji, mampukah hati menanggung akibatnya?

Dibintangi Ben Amir, Amyra Rosli, Ikmal Amry, Puteri Aishah, Ainina Ahmad dan Erin CTJ, siri 30 episod ini bakal menemui penonton bermula 26 Februari 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.58 petang di slot Akasia TV3.

Kisahnya berkembang daripada cinta pertama Ali (Ben Amir) dan Asmida (Puteri Aishah) yang terhenti sejak zaman universiti, sebelum kembali berputik tanpa dirancang apabila masing-masing telah membina kehidupan sendiri. Ali kini bergelar suami kepada Waheeda (Amyra Rosli) serta bapa kepada seorang anak yang mengalami ‘speech delay’, Afeeya. Dalam masa yang sama, Asmida pula menjalani perkahwinan yang tidak sehaluan bersama Fahim (Ikmal Amry).

Takdir mempertemukan mereka semula apabila Ali mengambil alih tanggungjawab menjaga Afeeya dan mendaftarkannya di sekolah tempat Asmida mengajar. Pertemuan yang pada awalnya tampak biasa itu tanpa sedar membuka kembali lembaran lama yang belum tertutup, lalu perlahan-lahan mencetuskan pergolakan perasaan yang sukar dibendung.

ARTIKEL BERKAITAN: TV3 Lancar RR2026: “Jwanjih Kenyang!” Meriahkan Ramadan & Raya 2026

Di titik inilah kesetiaan dan tanggungjawab mula diuji. Setiap langkah membawa risiko, dan setiap keputusan hadir dengan harga yang perlu dibayar. Peluang kedua mungkin kelihatan indah, namun tidak semua yang kembali itu menjanjikan kebahagiaan, ada yang hanya merumitkan keadaan.

Menurut Ben Amir, “Ali adalah watak yang kompleks kerana dia harus mengimbangi tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan godaan nostalgia cinta pertama. Membawa watak ini mengajar saya tentang konflik dalaman, penyesalan dan bagaimana satu keputusan mampu memberi kesan bukan sahaja kepada dirinya, tetapi kepada semua di sekelilingnya.”

Sarat dengan konflik, pengkhianatan dan penyesalan, Khianat Yang Terpilih menyelami dilema hati, runtuhnya kepercayaan serta impak mendalam terhadap perkahwinan dan kehidupan setiap watak. Saksikannya bermula 26 Februari 2026 ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.58 petang di slot Akasia TV3.

Penonton boleh menonton episod baharu secara eksklusif di iQIYI, 1 jam selepas siaran di TV3, sama ada melalui laman web iQIYI atau aplikasi di Google Play dan App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Oct 2023
Featured Tue, 23 Aug 2022
Featured Wed, 21 Sep 2022

Nafi Curang, Adam Levine Kesal

Adam Levine kesal

Hiburan Mon, 20 Nov 2023

[VIDEO] “Tak Menyesal Ke Tak Pergi Konsert Aina Abdul?” – Soalan ‘Sempoi’ M Nasir Buat Ramai Terhibur!

Sempat bergurau pula Datuk M Nasir ni, legenda kan mana boleh missed konsert beliau!

Featured Sun, 22 Dec 2024

Anak Sumber Kekuatan, Syamsul Yusof Peluk Erat Sumayyah – “Bergantung Hanya Pada Allah Seindah Namamu”

Syamsul kelihatan sedang berada di lokasi penggambaran bagi filem terbaharunya berjudul, Khawarij sebelum didatangi anak bongsunya, Sumayyah.

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

‘Allahuakbar…Caption Kau’- Pengarah Nur 2 Kecewa Dengan Siapa Tu?

Beliau turut mengingatkan agar penulis tidak sesuka hati membuka aib orang lain dan sentiasa beringat tentang dosa sendiri.

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Isu Langgar Kontrak & Bayaran Ganti Rugi RM200,000, A. Aida Persoal Sikap Amelia Henderson – “Susah Sangat Ke Nak Mohon Maaf?”

“Sampai sekarang saya tak boleh brain, pihak belah sana tak menghormati keputusan mahkamah”- Datuk A. Aida

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

“Seluar Sendat Mendat, Tersembul Sini Sana,” Janna Nick Mohon Maaf Isu Seluar Ketat

Janna telah memohon maaf berkenaan cara pemakaiannya melalui insta story beliau. Menurutnya, pembantu peribadi beliau yang menyuruhnya memakai seluar tersebut kerana ia lebih sesuai dipadankan dengan baju yang dipakai oleh Janna pada ketika itu.

error: Content is protected !!