Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 11, 2021 @ 4:54pm

Rentas Negeri : Tiada Lagi Amaran, Individu Langgar SOP Akan Dikompaun

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali, berkata tiada lagi amaran diberi dan pihaknya akan lebih bertegas termasuk mempertingkat pemantauan dan pemeriksaan pematuhan SOP di kawasan rehat dan rawat (R&R).

Malah,pihaknya juga akan terus mengenakan kompaun kepada individu yang dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) merentas negeri bermula hari ini.

“Kerajaan sudah umum mereka yang mahu merentas negeri perlu lengkap vaksin, maka mereka perlu patuhi perkara itu.

“Aspek pematuhan SOP sudah diingatkan sejak tahun lalu lagi. Ada masanya kita perlu berkeras.

“Kali ini, kita terus kompaun mereka yang rentas negeri tanpa vaksinasi lengkap tanpa diberi amaran dahulu,” katanya.

Selain itu, pemeriksaan secara mengejut juga akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan individu tanpa vaksin tidak mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung.

Dan, pemeriksaan secara rawak akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk memastikan pematuhan SOP orang awam mengikut undang-undang sedia ada.

“Kita sedia maklum tiada lagi sekatan jalan raya untuk mengawal pergerakan rentas negeri, tetapi sekatan jalan raya dan operasi lain seperti Op Benteng tetap dilaksanakan untuk menangani aktiviti jenayah dan pelanggaran SOP,” jelasnya.

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 May 2020
Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Selfie Depan Jenazah Bapa, Wanita Ini Dikecam ‘Kaw Kaw’

Gambar tersebut kemudian dimuat naik di media sosial sebelum Jelica menerima kecaman daripada netizen di atas tindakannya itu.

Drama Wed, 5 Feb 2025

[VIDEO] Ayah Abdul Sertai Geng ‘Old Money’, Sebar Ajaran Sesat? – “Nak Cari Isteri Nombor 5 Ke?”

Ayah Abdul sertai geng old money, drama Langit Ke Tujuh sebar ajaran sesat

Trending Tue, 12 Apr 2022

MDA Batal Kelulusan 2 Jenama Kit Ujian Kendiri Serta Merta

Pembatalan kelulusan kit ujian kendiri

Fab Foodies! Mon, 28 May 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Masukkan nasi dan gaul rata. Pecahkan telur dan gaul sebati. Perisakan dengan garam dan lada. Taburkan ikan bilis garing sebelum dihidang.

Trending Mon, 27 Jul 2020
error: Content is protected !!