Euforia Bola 2026
Drama By: Aqilah Paharuzi February 5, 2025 @ 4:59pm

[VIDEO] Ayah Abdul Sertai Geng ‘Old Money’, Sebar Ajaran Sesat? – “Nak Cari Isteri Nombor 5 Ke?”

Drama mengisahkan mengenai ajaran sesat berjudul Langit Ke Tujuh mendapat sorotan hebat daripada netizen.

Menerusi sebuah video tular di aplikasi TikTok, Ayah Abdul yang dilakonkan oleh aktor, Zamarul Hisham dilihat telah menyertai geng ‘Old Money’.

Video tersebut memaparkan Ayah Abdul dan kroni-kroninya berpenampilan serba putih, berserban dan memakai celak hitam di mata sedang berjalan di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen yang mengusik mengatakan mereka takut dengan golongan mempraktikkan ajaran sesat.

@tontonmy

Jaga-jaga semua Ayah Abdul dah sampai KL. Dengar cerita ada geng “Old Money” dah join Tanah Surgo 👀🔥 Strim Langit Ke Tujuh di Tonton sekarang guys! @zamarulhishamofficial @Akmal_OldMoney #Tonton #LangitKeTujuh #LK7

♬ original sound – Tonton MY – Tonton MY

Ayah Abdul (Zamarul Hisham), seorang pemimpin berkarisma yang mengetuai Tanah Surgo, sebuah komuniti pemujaan agama. Ayah Abdul menganggap dirinya sebagai penyelamat dunia dengan bimbingan dan ajarannya.

Pengikut Tanah Surgo malah percaya tempat itu adalah jalan mereka menuju Tuhan dan syurga, sehingga sanggup mempertahankannya walau apa jua perkara yang melanda.

Ayah Abdul memiliki tiga orang isteri iaitu Kalsom (Nora Danish), Zaynab (Farahdhiya), dan Suhana (Faezah Elai). Namun, kedatangan seorang wanita muda, Zahara (Chacha Maembong), yang terpengaruh untuk menjadi isteri keempat, mencetuskan perubahan.

Setelah mengetahui realiti di Tanah Surgo, Zahara sedar bahawa amalan yang diajarkan di sana sebenarnya menyimpang daripada agama. Zahara lantas berusaha untuk mendedahkan segala kegiatan di sebalik kepercayaan yang menyesatkan itu.

Pada masa yang sama, seorang pemuda bernama Yusuf (Nafiz Muaz) pula memasuki Tanah Surgo untuk meluangkan masa bersama ibunya, Mak Ina (Datuk Fauziah Nawi), setelah lama berpisah.

Namun, hari demi hari, Yusuf mula menyaksikan banyak kejanggalan yang membuatkannya berasa ragu-ragu. Melihat ibunya yang semakin terpengaruh oleh ajaran Ayah Abdul, Yusuf bertekad untuk menyelamatkannya, meskipun harus berdepan dengan pengaruh kuat yang sukar dilawan.

Apa yang menanti setiap watak yang terpalit dalam dunia Langit Ke Tujuh ini? Adakah mereka mampu mendedahkan kebenaran di sebalik ajaran sesat Tanah Surgo serta menghentikan pengaruhnya sebelum terlambat?

Drama Langit Ke Tujuh, sudah mula tayangan ekslusif hanya di TonTon bermula 23 Januari 2025 lalu pada setiap Isnin dan Khamis.

Strim episod baharu melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Artikel Berkaitan: “Setiap Kali Lontar Dialog, Saya Banyak Istighfar & Solat Taubat Selepas Selesai Penggambaran” – Zamarul Hisham

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Jun 2022

“Bukan Nak Sorok Tapi…” – Neelofa Minta Beri Masa Untuk Kongsi Wajah Bilal

Setiap ibu mesti mahukan yang terbaik untuk anaknya 😘 Tapi, min pun tak sabar nak tengok Bilal 😍

Trending Wed, 23 Aug 2023

Dihina & Dicaci Bekas Suami, Menantu Zainal Abidin Dakwa Pernah Disuruh Tidur Beramai-Ramai!

Bekas menantu kepada jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Suzur Sofia mendakwa telah dihina dan dilayan dengan buruk oleh bekas suaminya, Mohd Zaiza. Menerusi perkongsian panjang di TikTok miliknya, Sofia turut digelar […]

Hiburan Sat, 13 Oct 2018

Ini Respon Lan Solo Selepas Kristal Dapat Vokalis Baru, Cayalah!

Lan Solo tidak mahu mengulas lebih panjang namun dia berharap kumpulan Kristal terus maju dalam industri seni suara!

Featured Tue, 7 May 2024
Events Wed, 14 Nov 2018
Hiburan Wed, 15 May 2019

Adik Farid Kamil Terkejut Abang Dipenjara

Harap semua pihak faham & beri kami ruang…

Trending Wed, 19 Sep 2018

Justin Bieber Tiba-Tiba Busking Di Depan Buckingham Palace Untuk Impress Tunangnya

Mungkin ini caranya untuk luahkan rasa cintanya di khalayak ramai.

error: Content is protected !!