Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 19, 2022 @ 6:45pm

Terpaling Juara: Netizen Kritik Vokal Sumbang, Hazami Akui Hilang Fokus – “Saya Anggap Tribute Untuk Adibah Noor”

Penyanyi Hazami mengakui cabaran program realiti Terpaling Juara pada minggu kelima sangat menguji mental serta jiwanya.

Diberikan tugasan untuk menyampaikan lagu Terlalu Istimewa dendangan asal Allahyarham Adibah Noor, Hazami gagal menahan sebak lalu menangis usai menyempurnakan persembahan terbabit.

Namun begitu, berdasarkan pemerhatian XTRA, ada dalam kalangan netizen yang mengkritik vokal pelantun Sonata Musim Salju ini ‘sumbang’ kerana larut dalam emosi.

Menurut Hazami, 47, dia cuba menyampaikan lagu tersebut menerusi penghayatan dan jalan penceritaan tulus daripada hati.

“Kalau terkucil itu perkara biasa. Tak mudah bawa lagu sahabat yang telah meninggalkan kita semua buat selamanya. Dia tarik jiwa saya, tapi saya cuba sedaya upaya untuk memberi sepenuhnya dari segi penyampaian, bukan ditonjolkan melalui vokal.

“Sejujurnya, emosi dan fokus saya lari. Saya tak suka gunakan kematian atau kesusahan orang lain untuk kesenangan saya. Tetapi bila nampak muka juri, saya tersedak daripada terus terbuai emosi tadi.

“Saya anggap saya nyanyi ‘tribute’ untuk arwah, kami kenal sudah 21 tahun sejak 2001,” ujarnya.

Disoal mengenai perasaannya apabila berjaya mengatasi ‘kelemahan’ dalam membawa lagu Allahyarham Adibah sehingga berjaya merangkul persembahan terbaik di minggu kelima, Hazami tidak menyangka rezeki menyebelahinya.

“Saya tak jangka akan menang persembahan terbaik, saya letak harapan untuk melepasi minggu ini sahaja. Apa yang saya fikirkan, janganlah tersingkir di hujung episod. Banyak perkara boleh berlaku atas pentas, kadang-kadang suara saya pun tak keluar.

“Orang nampak saya sebagai Hazami. Mereka kata senang sahaja. Sebenarnya tidak. Saya yang buat perkara tersebut nampak senang. Saya faham jangkaan orang lain pada saya sangat tinggi. Tapi saya seorang manusia biasa yang cuba sedaya upaya untuk menyanyi atas pentas.

“Saya bekerja keras untuk beri persembahan yang luar biasa. Saya sangat susah untuk hafal lirik. Otak dah tua, jadi kosong. Terpaling Juara sangat berlainan daripada program realiti lain.

“Letak selebriti lain yang umur 20 tahun ke atas dalam industri, itu sangat mencabar pada saya. Saya lirik kelaut, tapi saya rasa juri bukan tengok dari segi suara saja. Tapi nak tengok macam mana seorang penyanyi hadapi situasi tersebut, itulah program realiti Terpaling Juara,” katanya lagi.

Dendangan Terlalu Istimewa versi Hazami dinobatkan sebagai persembahan terbaik untuk minggu kelima, sekaligus membawa pulang RM5,000.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Terpaling Juara setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 28 Feb 2019

Extra Shows Added to Ola Bola The Musical Season 2!

Tickets are selling out like hot cakes!

Contest Mon, 2 Jul 2018

#xtra好康头 | 邀你出席《妙探事务所 2》首映!

话题演员李光洙久违三年的大荧幕之作——搞笑侦探电影《妙探事务所 2》7月12日起,全马上映!xtra邀你出席首映,一同爆笑破案!

Hiburan Mon, 19 Aug 2024

Tak Ada Persefahaman, Syamsul Yusof Fail Cerai Terhadap Ira Kazar?

Syamsul didakwa memfailkan perceraian terhadap Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini

Trending Thu, 12 Apr 2018

Anda Perlu Bayar Cukai ‘Sayonara’ Kalau Nak Keluar Dari Jepun. Bila Kena Bayar?

Baru-baru ini kerajaan Jepun telah mengumumkan tentang cukai baharu yang perlu dibayar jika anda ingin ke negara tersebut pada tahun hadapan.

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Wed, 4 Jul 2018

《欢喜第1等》总决赛708 云顶云星剧场引爆!

历经5个月的鏖战《欢喜第1等》5强歌手出炉,黄威尔、田育慈、胡缋颐、张引山以及Gary徐梽豪随即迎来总决赛,展开属于王者的终极对决!

error: Content is protected !!