Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi February 28, 2024 @ 3:27pm

Irma Hasmie Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah

Pelakon dan pengacara Irma Hasmie, 42 tampil memberi respons mengenai kemelut rumah tangga bersama suaminya, Redza Syah Azmeer.

Irma atau nama sebenarnya, Irma Hasmie Ibrahim berkata, orang ramai terutamanya warga maya tidak seharusnya membuat sebarang spekulasi daripada apa sahaja hantaran yang dibuat di media sosial.

“Saya minta maaf sebab kalau boleh tak nak komen langsung mengenai perkara itu. Saya pilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai hal peribadi. Saya pilih sebegitu, jadi saya minta maaf.

“Kita mudah untuk menilai, jadi saya harapkan apa sahaja hantaran yahg dibuat jangan kaitkan dengan apa sahaja perkara peribadi yang difikirkan.

“Kalau orang fikir mengenai itu, sebenarnya tidak, sebab saya tak sebutkan secara terus terang. Mungkin hantaran yang dibuat itu saya cakap mengenai perkara lain.

“Saya hanya berkongsi dan jangan menilai apa-apa. Saya baik sahaja sekarang,” katanya.

Irma ditemui pada majlis pengiktirafan Ratu Rock Negara, Ella atas komitmen dalam menyebarluaskan kepentingan kesihatan hormon oleh Skyhill Clinic di The Colony KL Eco City di sini, hari ini.

Tambah pelakon filem Cinta Fotokopi itu lagi, dia memilih langkah berkenaan supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan cakap-cakap negatif daripada warga maya.

“Saya tak nak komen apa-apa sebab nanti akan menimbulkan lagi pelbagai persepsi negatif daripada orang ramai.

“Daripada orang tak bercerita, nanti akan jadi buah mulut orang dan banyak berkait dengan perkara lain,” katanya.

Disoal mengenai komen negatif yang diterima, Irma berkata, dia enggan ambil peduli, selain menegaskan akan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang hantaran di media sosial selepas ini.

“Saya akan ambil yang baik sahaja. Saya kena jaga sebab yang nak jalani kehidupan ini adalah diri kia sendiri.

“Jadi, kenapa nak ambil peduli apa orang kata sebab yang menentukan kehidupan kita adalah Tuhan. Jangan terlalu ambil kira apa orang kata.

“Selepas ini, saya akan sangat berhati-hati dan berfikir dulu sebelum memuatnaik sebarang hantaran sebab boleh impak bakal diterima tidak boleh dijangka,” katanya.

Terdahulu, nama Irma menjadi bualan ramai susulan satu perkongsian di Instagram (IG) miliknya yang seakan-akan memberi bayangan mengenai isu rumah tangga sedang bergelora.

Dalam perkongsian itu, Irma memuat naik pesanan kepada seorang suami mengingatkan mengenai pengorbanan dilakukan oleh isteri dalam sesebuah perkahwinan.

Bagaimanapun, menurut sumber, Irma difahamkan sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan sudah memfailkan perceraian.

Malah mendapati pelakon dan pengacara itu sudah lama tidak berkongsi foto bersama suami di media sosial.

Untuk info, Irma Hasmie mendirikan rumah tangga bersama Redza Syah Azmeer pada 2012. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN:  Kapsyen Sedih Jadi Tanda Tanya, Irma Hasmie Enggan Buka Mulut Soal Rumah Tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Muat Naik Kapsyen Sedih Di IG, Status Rumah Tangga Irma Hasmie Cetus Tanda Tanya

ARTIKEL BERKAITAN: Status Rumah Tangga Kekal Jadi Tanda Tanya, Irma Hasmie Pilih Tuding Jari Kepada Diri Sendiri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Mar 2026

Syatilla Melvin Kongsi Pengalaman Ibu Bertemu ‘Mimpi Paling Indah’ – “Pokok-Pokok Seolah Bersujud”

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi kisah menyentuh hati mengenai pengalaman mimpi yang dilalui ibunya sekali gus disifatkan sebagai antara kenangan paling indah pernah diceritakan susuk itu dalam keluarga mereka.

Trending Sun, 22 Nov 2020
Hiburan Fri, 27 Mar 2026

“Saya Punah & Hilang Kata-Kata” – Nourul Depp Mohon Doa Buat Abang Lawan Kanser Darah

Nourul berkata dia hanya mampu berserah dan memohon agar segala urusan dipermudahkan.

Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Fri, 9 Feb 2024

“Bila Ayah Tak Mahu Nikahkan, Pengantin Perempuan Boleh Dapatkan Wali Hakim” – Bekas Peguam Siti Bainun Ulas Kes Kahwin Lari Marissa, Aslam

Hafidzah berpendapat, tidak wajar menuding jari kepada Marissa atau Aslam kerana kedua-duanya boleh berfikir secara matang dalam membuat keputusan.🤧

Selebriti Fri, 15 Sep 2023
error: Content is protected !!