Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 28, 2025 @ 6:36pm

“Kalau Ini Zuriat Saya Kekalkan, Jika Sebaliknya… Keluarkan” – Along Cham Berserah Isteri Alami Keguguran

Pelawak dan pelakon sensasi, Along Cham mendedahkan dia mengetahui mengenai berita kehamilan isterinya, Afreena Suhaimi ketika masih dalam penjara.

Memetik laporan Berita Harian, Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, bagaimanapun mengakui dia menyerahkan segalanya kepada Yang Masa Esa berhubung kandungan isterinya itu.

“Saya dapat tahu mengenai kehamilan isteri ketika berada dalam penjara. Dia beritahu, tapi saya hanya berserah kepada Allah dalam soal kandungan.

“Saya solat tahajud dan cakap kepada Allah, kalau kandungan ini adalah zuriat milik saya, kekalkan. Jika sebaliknya, keluarkan.

“Tapi, apabila dia (Afreena) kata sudah keguguran, saya pun tidak tahu, tanya Allah. Dia memang ada beritahu mengenai kehamilan,” katanya.

Pada pagi Selasa, Along hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik terhadap isterinya.

Along mendakwa isterinya itu telah melanggar tiga perjanjian taklik, selain turut didakwa menyeleweng dana berjumlah RM100,000.

Artikel Berkaitan: Dakwa Isteri Langgar 3 Perjanjian, Along Cham Bakal Fail Pengesahan Lafaz Cerai Taklik – “IC Saya Masih Dalam Simpanan ‘Mak Lampir’ Tu”

Artikel Berkaitan: Along Cham Dakwa Isteri Seleweng Dana Orang Awam Cecah RM100,000, Aaron Aziz Turut Jadi Mangsa Penipuan?

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 Jan 2026

Saksikan ‘Madu Tiga Live In Concert’ Bersama MPO, PMX Hargai Legasi P. Ramlee

Karya Allahyarham P. Ramlee bukan sekadar hiburan, sebaliknya menjadi cerminan nilai, budaya dan identiti seni negara.

Hiburan Sat, 8 Mar 2025
Featured Sat, 15 Mar 2025

“Jujur Tak Ada Masalah Untuk Kami Beraya Sekali” – Puteri Sarah Tak Bergaduh Dengan Syamsul Yusof

Sarah mengaku hubungan dengan Syamsul masih baik dan tidak bergaduh.

Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Mengaku Silap…Janna Nick Mohon Maaf!

Ambil positif semuanya.

Trending Tue, 11 Aug 2020

Harga Pelitup Muka Diturunkan RM1 Sekeping

Harga pelitup muka akan dijual pada kadar lebih rendah, iaitu RM1 sekeping di peringkat runcit manakala 95 sen di peringkat pemborong. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, ketika mengumumkan […]

Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Isteri Menanti Hari Nak Bersalin, Sufian Suhaimi Sedia Mental Jadi Bapa

Sufian mengakui masih berasa berdebar memandangkan pengalaman pertama bergelar bapa bukan sesuatu yang mudah

error: Content is protected !!