Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas August 9, 2019 @ 11:59am

Mengaku Silap…Janna Nick Mohon Maaf!

Gara-gara memakai pakaian ketat di sebuah sesi motivasi baru-baru ini, imej pelakon Janna Nick terus diperkatakan netizen.

Namun begitu, pelakon Cari Aku Di Syurga ini tidak terus melatah malah memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.

“Saya mohon maaf kerana kurang peka dengan penampilan pada hari kejadian.

“Saya tidak salahkan netizen atas teguran dan mengambil kesemua maklum balas tersebut sebagai sesuatu yang positif,” katanya yang memohon maaf.

Tambah Janna, dia turut berterima kasih dengan netizen atas teguran kerana salahnya tidak peka dalam pemilihan pakaian pada hari itu.

“Saya ambil positif semuanya dan selepas ini saya akan perbaiki pemakaian supaya bersesuaian dengan acara,” katanya.

Jelas Janna lagi, dia diundang sebuah majalah gaya hidup dan fesyen untuk memberikan ceramah motivasi yang diadakan di sebuah lokasi umum, Ahad lalu.

Sebilangan besar netizen menganggap jeans yang disarung Janna terlalu ketat dan tidak sesuai dengan majlis ilmu.

Dalam perkembangan lain, Janna bakal membintangi teater ‘Malayu-Pawana Isabella’  pada 21-31 Ogos di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Hiburan Thu, 12 Feb 2026

‘Mau But Malu’ Curi Hati, Allan Andersn Angkat Kisah ‘Friendzone’ Dengan Irama Groovy

Allan juga merancang melancarkan beberapa single lagi sepanjang 2026 sebagai langkah menuju projek EP dan album seterusnya

Featured Sat, 31 Jan 2026

Terasa Hati? Azhar Sulaiman Tegur Cara Penyampaian Khairul Aming – “Tak Perlu Spell Out Kenapa Tak Boleh”

Behar mengakui berasa kurang senang dengan gaya percakapan serta pemilihan kata yang digunakan KA

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

AJL33: Bawa Lagu Sedih, Kaer Mahu All Out Untuk Tak Mungkin Hilang

Jangan lupa saksikan AJL ke 33 pada 3 Februari ini. Untuk Kaer & Amylea, break a leg guys!

Featured Fri, 17 Oct 2025

Ustazah Asni Mansor Kini Sah Bergelar Isteri Lelaki Palestin, Mounir Abdul Kareem Kaddoura

Pendakwah bebas popular, Ustazah Asnim Mansor berkongsi berita gembira menerusi media sosial miliknya.

Hiburan Thu, 16 Oct 2025
error: Content is protected !!