Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 12, 2026 @ 3:26pm

‘Mau But Malu’ Curi Hati, Allan Andersn Angkat Kisah ‘Friendzone’ Dengan Irama Groovy

Situasi ‘suka dalam diam’ yang pernah dilalui ramai menjadi inspirasi buat penyanyi dan penulis lagu Indonesia, Allan Andersn tampil dengan single terbaharu berjudul Mau But Malu.

Lagu pop berenergi dengan sentuhan city pop moden itu dilancarkan di semua platform penstriman digital bermula 12 Februari 2026, sekali gus menampilkan sisi muzik Allan yang semakin matang tanpa meninggalkan identiti pop yang dekat dengan kisah perasaan dan emosi.

Mau But Malu yang diambil daripada frasa ‘mahu tapi malu’ membawa naratif ringkas tentang seseorang yang sentiasa ada sebagai tempat bercerita dan sistem sokongan, tetapi dalam masa sama terperangkap dengan perasaan sendiri.

Liriknya menggambarkan momen comel dan relatable mengenai situasi ‘friendzone’ serta dilema untuk meluahkan isi hati.

Namun, apa yang menjadikan lagu ini lebih istimewa adalah penyampaiannya yang ringan, segar dan ‘catchy’.

Menurut Allan, dia sengaja menghasilkan lagu yang menyeronokkan untuk didengar meskipun temanya dekat dengan realiti kehidupan.

“Saya memang nak lagu ini bunyi fun dan groovy sebab situasi sebegini selalu terjadi dalam hidup kita. Kadang-kadang kita gelak sendiri, kadang-kadang kita cringe sendiri. Tapi itulah yang buat cerita ini dekat di hati,” katanya.

Tambahnya, lagu berkenaan bukan bertujuan membuat pendengar berasa sedih, sebaliknya sebagai mesej santai untuk mereka yang mahu memberi ‘hint’.

“Bagi saya, lagu ini bukan nak buat orang down. Ia seperti lagu tema untuk orang yang nak bagi bayangan apa yang dia sedang rasakan. Pada akhirnya, akan tinggal dua pilihan sahaja, sama ada cakap iya atau tidak. Kalau tidak, penat juga menunggu,” ujarnya sambil tertawa.

Berasal dari Tahuna, sebuah pulau kecil di Indonesia, Allan dikenali menerusi karya yang jujur, sinematik dan menyentuh hati.

Menerusi Mau But Malu, dia meneruskan pendekatan tersebut tetapi dibalut dengan susunan muzik lebih moden, sesuai untuk pendengar yang menggemari pop kontemporari berunsur city pop.

Sebagai sebahagian promosi, Allan turut membawa lagu berkenaan ke pentas menerusi showcase intim di Kuala Lumpur pada 6 Februari lalu serta Johor Bahru pada 14 Februari ini.

Persembahan itu akan dirakam dan diterbitkan sebagai kandungan digital bagi memperkukuh keterlibatan peminat di Malaysia.

Sebelum ini, Allan mencuri perhatian menerusi lagu Rindu yang menembusi carta Spotify Viral 50 Indonesia dan Malaysia, selain tersenarai dalam Top 10 Newcomers Billboard Indonesia selama dua minggu berturut-turut.

Album debutnya, Dear AA (2025) turut mengukuhkan namanya sebagai antara bakat baharu yang konsisten membina pengaruh dalam landskap pop Asia Tenggara.

Bagi naskhah Mau But Malu, kempen digital turut digerakkan di TikTok, Instagram dan YouTube dengan konsep storytelling serta kandungan ciptaan pengguna bertemakan confession dan kisah friendzone.

Allan juga merancang melancarkan beberapa single lagi sepanjang 2026 sebagai langkah menuju projek EP dan album seterusnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 13 Jan 2022

“Bila Tak Ambil, Orang Kata Antivaksin, Tapi Bila Dah Ambil…” – Isu Tipu Vaksin, Ini Respons Ellie Suriaty

Dikenali sebagai seorang individu yang aktif berbicara mengenai vaksin, akhirnya pelakon dan pengarah Ellie Suriaty telah lengkap dua dos vaksinasi pada Oktober dan November tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Ambil Sebab Suami” – Mengaku Sudah […]

Featured Wed, 16 Apr 2025

“Ini Lagu Cinta, Selebihnya Tanya Kak Long & Abang Long – Netizen Dakwa Amira Othman, Fattah Amin Ada Lagu Istimewa Sempena Majlis Kahwin?

Ramai netizen mula beranggapan bahawa lagu tersebut mungkin merupakan lagu perkahwinan Fattah dan Amira.

Featured Mon, 9 Dec 2024

Famili Duo 4: Salma & Ayie Rompak Gelaran Duo Terbaik, Dua Pasangan Tersingkir Diperingkat Separuh Akhir

Impian untuk melangkah ke pentas Akhir Famili Duo Musim keempat nampaknya tidak berpihak kepada dua pasangan duo pada kali ini. Menyaksikan persembahan adik beradik, Zahid dan Anne serta pasangan sepupu, Naqiu dan Joey, kedua pasangan […]

Hiburan Sun, 10 Dec 2017

Konsert Amal Damasutra di Hard Rock Cafe

kemunculan Damasutra kali ini adalah menjayakan misi penting bagi mengumpul dana tabung bantuan Rohingya. 

Hiburan Mon, 10 Feb 2025
Hiburan Sat, 2 Sep 2023
Hiburan Wed, 21 Aug 2019
error: Content is protected !!