Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 10, 2025 @ 8:16pm

Tribute Khas Allahyarham Jay Jay… Hattan, Hazama & Black Berpadu Suara Imbau Momen Nostalgia Peminat

Gabungan vokal barisan penyanyi hebat, Datuk Hattan, Hazama dan Black Hanifah mengimbau momen-momen nostalgia sepanjang kira-kira tiga jam Konsert Hitam Manis berlangsung di Plenary Hall, KLCC pada Sabtu lalu.

Hazama membuka pentas gah dan berprestij itu dengan menyampaikan beberapa lagu solo popularnya seperti Di Amaran Mama, Sampai Mati, Cinta Teragung, Relakan Jiwa, Penglipur Lara, serta menyanyikan lagu ‘cover’  dipopularkan oleh Datuk Shake, berjudul Umi yang didedikasikan khas untuk ibu tercinta yang turut hadir ke konsert itu.

“Ada cerita yang sangat peribadi tentang disebalik lagu Umi ini. Pada tahun 1984, ada seorang ibu pernah berhasrat kepada anak dia  untuk jadi macam penyanyi itu dan pada tahun 2025, anak yang dia hasrat itu menyanyi di pentas Plenary Hall ini,” ujarnya.

Konsert Hitam Manis diteruskan oleh Black menerusi segmen solo yang mengakui dia sudah menantikan momen tersebut (buat konsert) selama lima tahun.

Pada malam tersebut, Black menyampaikan lagu-lagu hits kegemaran ramai iaitu Sofea Jane, Mana Mungkin, Takkan Terpisah, Aku Rindu Sayang Kamu serta lagu Merisik Khabar milik Allahyarham Datuk Sudirman.

“Ini adalah malam yang saya nantikan hampir lima tahun, dua tahun lalu saya tak boleh menyanyi tetapi kali ini Black is back. Andai anda pernah undi saya dalam Mentor sebelum ini, terima kasih. Hanya persembahan seperti ini mampu saya balas,” katanya.

Selepas hampir dua jam dihiburkan oleh Hazama dan Black, kemunculan Hattan membuat seluruh Plenary Hall bergema yang membawa lagu-lagu malar segar iaitu Rendang Tak Berbuah, Gerhana, Mahligai Syahdu, Meniti Perjalanna dan Memburu Rindu.

Lebih menyentuh hati, Datuk Hattan menyelit segment ‘tribute’ khas atas pemergian sahabat, Allahyarham Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus yang dianggap sebagai mutiara.

“Pada 4 Ogos tahun lalu, kita kehilangan seniman dan pemuzik hebat, Allahyarham Jay Jay. Kebanyakan lagu dalam album saya dimainkan oleh dia. Industri kehilangan satu mutiara dalam yang sangat merendah diri.

“Saya bersyukur dapat mandikan jenazah allahyarham,” katanya menahan sebelum menyanyikan lagu berjudul Rindu Bayangan bersama Hazama dan Black,” katanya.

Tiga penyanyi hebat itu menggegarkan pentas dengan persembahan bertenaga, memadukan suara mereka dalam lagu-lagu ikonik seperti Duit, Rindu Bertandang Lagi, Drama King, dan Dari Kekasih Untuk Kekasih. Kemuncak konsert menyaksikan mereka menutup tirai dengan penuh bergaya menerusi Hitam Manis, yang diberikan sentuhan moden oleh Adam E., anak kepada Hattan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 24 Jun 2018

萧秉治正式回归《爱过你有多久就有多痛》唱进人心

终结三年等待,走出黑暗幽谷,告别过去,经历内心风暴后重生的萧秉治,宣告正式回归!

Trending Mon, 28 Jun 2021
Hiburan Fri, 21 Feb 2020

“Amat Berat Untuk Kami Terima” Ibu Ashraf Sinclair Luah Rasa Sedih

Pastinya ini dugaan yang terhebat buat keluarga Sinclair. Semoga terus tabah dan kuat!

Events Mon, 28 May 2018

Komen Tweet Syed Saddiq, Dira Abu Zahar Dikritik Netizen

Namun, apa yang menarik perhatian ialah Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar selepas itu membalas tweet tersebut dengan kata-kata sindiran terhadapnya sehingga mendapat kecaman daripada netizen.

Hiburan Mon, 20 Jan 2025

Harap Kemelut Perkahwinan Berakhir Tanpa Sengketa, Hafiz Suip Mahu Berpisah Cara Baik

Hafiz Suip enggan memberi komen panjang mengenai situasi rumah tangganya bersama isteri, Nureffy Jasreel Abdullah

Trending Fri, 19 Feb 2021

Selepas Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta Pilih Jamal Abdillah Pula

Tak sabar pula min nak dengar lagu ni mesti best!

Hiburan Wed, 9 Oct 2019
error: Content is protected !!