Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 16, 2025 @ 5:15pm

“Ini Lagu Cinta, Selebihnya Tanya Kak Long & Abang Long – Netizen Dakwa Amira Othman, Fattah Amin Ada Lagu Istimewa Sempena Majlis Kahwin?

Hubungan antara pelakon popular Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman terus menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat walaupun desas-desus mengenai percintaan mereka sudah lama tular.

Terbaharu, lagu berjudul Cinta Terakhirku mencuri perhatian ramai selepas penulis liriknya, Aiman Sidek, memuat naik video di TikTok dengan kapsyen yang mengundang pelbagai spekulasi.

Malah, ramai netizen mula beranggapan bahawa lagu tersebut mungkin merupakan lagu perkahwinan Fattah dan Amira.

“Bagi klu kak long je dalam video TikTok sebelum ini. Terus ramai yang tahu Amira Othman yang nyanyi,” tulis Aiman.

“Cinta Terakhirku  It’s a love song. Itu sahaja jawapan saya. Selebihnya tanya kak long dan abang long. Okay? Selamat mendengar,” tulisnya.

Kenyataan tersebut sekaligus membuatkan peminat terus berteka-teki mengenai status sebenar hubungan mereka, selain mempersoalkan sama ada lagu tersebut mempunyai kaitan dengan majlis istimewa yang bakal berlangsung kelak.

Bagaimanapun, sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Fattah Amin mahupun Amira Othman mengenai hubungan mereka meskipun lagu ini terus mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.

@aiman.sidekBagi klu kak long je dalam vtt sebelum ini. Terus ramai yang tahu amira othman yang nyanyi. Cinta terakhirku. Its a love song. Itu sahaja jawapan saya. Selebihnya tanya kaklong dan banglong. Okay? Selamat mendengar. Ps: boleh guna sound ni untuk ur loved ones tooo.♬ Cinta Terakhirku (From “Dari Rahim Yang Sama”) – Amira Othman

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat, fasa awal perkenalan antara Fattah dan Amira telah diabadikan menerusi lagu Bila Nak Kahwin manakala, Cinta Terakhirku pula sebagai gambaran kisah cinta mereka yang kini mungkin berada di fasa lebih serius.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Nov 2018

Gadis Terdesak Lelong Dara Dengan Harga RM12 Juta?

Giselle dikatakan telah berjaya menemui ‘pembelinya’ yang sanggup membeli pada harga lebih 12 juta

Trending Sat, 20 Feb 2021

Semakan Bayaran GKP Tambahan Sehingga RM1,000 Bermula Mac Ini

Manfaatkan bantuan yang diberikan kerajaan sebaiknya okay!

Featured Thu, 1 Dec 2022
Featured Fri, 5 May 2023
Featured Fri, 10 Oct 2025

Gara-Gara Tinggal Komen Sokong ZRA, Namron & Fazura Dikritik… Respons Namron: “Saya Tak Tunggang Agama, Isu Mahupun Orang”

Tindakan Namron & Fazura itu ternyata mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Featured Mon, 14 Feb 2022

Bazar Ramadan Dibenarkan Beroperasi Tahun Ini – PM

Yeay! Boleh pegi bazar Ramadan nanti

Trending Thu, 16 Jul 2020

BSH Fasa Ke-3: Semak Cara Status Pembayaran

Jom semak cara pembayaran status BSH fasa ketiga!

Trending Wed, 14 Apr 2021

Ini Tanda-Tanda Amalan Puasa Anda Diterima

Semoga kita sentiasa istiqamah..

error: Content is protected !!