Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 22, 2026 @ 3:42pm

“Mereka Tahu Saya Tak Boleh Dibeli” – Sarimah Ibrahim Tolak Terima ‘Hadiah’

Pelakon dan pengacara, Sarimah Ibrahim mendedahkan dia jarang menerima hadiah mahupun layanan istimewa sepanjang berada dalam industri hiburan.

Menurut Sarimah, atau nama lengkapnya, Che Puan Sarimah Ibrahim, 48, situasi itu mungkin berlaku disebabkan ramai sudah mengetahui prinsip hidupnya yang tegas selain pendiriannya yang sentiasa menjaga batas dalam urusan kerja.

Malah, dia percaya sikap tersebut juga menjadi antara sebab dirinya kurang menerima peluang besar serta tawaran tertentu dalam industri seni.

“Tak pernah… saya memang jarang dapat hadiah untuk apa juga majlis keraian. Kadang kadang terasa juga sebab tak pernah ada tawaran macam itu.

“Tapi saya rasa orang sekeliling memang tahu prinsip hidup saya. Mungkin sebab itu juga saya tak dapat banyak job dan peluang dalam industri. Jangan… nanti keluar cerita lain pula,” katanya.

Sarimah berkata demikian ketika ditemui pada malam gala gilem terbaharunya, Konspirasi baru-baru ini.

Dalam masa sama, Sarimah mengakui pernah berdepan dengan individu yang cuba menawarkan ‘rasuah’ demi kepentingan tertentu, namun dia memilih untuk menjauhkan diri lebih awal.

Jelasnya, dia tidak mahu terlibat dengan perkara yang boleh menjejaskan integriti dan reputasinya sebagai anak seni.

“Sebagai manusia biasa, memang ada yang cuba beri rasuah dan sebagainya. Sebab itu saya banyak bersuara di Threads mengenai soal keadilan dan pendirian saya.

“Tapi tak pernah sampai ada jumlah tertentu sebab sebelum itu saya dah putuskan hubungan. Mereka tahu Sarimah ini tidak boleh dibeli,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sarimah kini tampil menerusi filem Konspirasi yang mengisahkan tentang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima maklumat sulit mengenai sebuah pelayan tersembunyi yang menyimpan senarai ahli politik korup serta transaksi kewangan luar negara.

Selain Sarimah, Konspirasi turut dibarisi pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra,mHisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Amir Nafis, Roy Azman dan Esma Daniel.

Filem berkenaan bakal menemui penonton di seluruh pawagam bermula 21 Mei ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 27 Dec 2023
Hiburan Tue, 11 Apr 2023
Hiburan Sun, 2 Feb 2020

Tahniah…Vanessa Angel Bakal Bergelar Ibu!

Alhamdulillah…Tahniah Vanessa & Bibi!

Featured Mon, 14 Mar 2022

4 Tahun Menanti, Vanidah Imran Kini Graduan Ijazah Sarjana Seni Persembahan

Tahniah diucapkan kepada pelakon terkenal, Vanidah Imran kerana berjaya menggenggam graduan Sarjana Seni Persembahan (Drama) di usia 49 Tahun.

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

#Mentor7: Tak Mahu Protege Tertekan, Hafiz Guna Pendekatan Lebih ‘Fun’

Betul tu…kalau garang sangat pun nanti stress pula pelajar tu kan?

Hiburan Thu, 13 Jul 2023
error: Content is protected !!