Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Halimey Zamal October 27, 2022 @ 8:39pm

“Manja Tak Kami?” – Berjoget Anak Beranak, Netizen Simpati Nasib Cahaya Mata Aliff Syukri

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi menjadi perhatian umum apabila aksi berjoget bersama dua orang anaknya iaitu Qadejah El Zahra dan Ammar Ahyyan tular di media sosial.

@aliffsyukriterlajaklarisManjaaa tak kami??♬ No comment slowed version – Mas Levi🤺|| 𝐖𝐀𝐑𝐄𝐆

 

Menerusi video berdurasi 19 saat yang dikongsikan di akaun TikTok milik Aliff Syukri sendiri, Ammar dan Qadejah seperti terpaksa untuk berjoget bersama bapa mereka dan kelihatan malu-malu.

Tindakan tersebut telah mengundang kecaman warganet yang simpati terhadap nasib anak-anak Aliff Syukri yang terpaksa akur melayan karenah bapanya.

Bukan itu sahaja, melalui entri tersebut, Aliff umpama memarahi anak perempuannya Qadejah yang kelihatan kekok dan enggan menari bersama.

“Kesian betul anak dia, dari kecil sampai besar pun kena paksa menari,” tulis salah seorang warganet di ruangan komen yang meluahkan rasa simpati.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan rasa kasihan kepada anak-anaknya dan turut keliru dengan tindakan Aliff itu memandangkan video tersebut dirakamkan di Hospital.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 1.5 juta tontonan dan lebih 53,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Jan 2020

Emma Maembong Tak Tolak Jodoh Walaupun Sering Putus Cinta

Orang cantik mesti ramai yang minat!

Hiburan Mon, 30 Oct 2023

Bapa Hanis Zalikha Alami Pendarahan Dalam Otak Akibat Terjatuh, Ingatan Makin Lemah – “Kalau Lewat Sikit Boleh Hilang Upaya Bercakap…”

Allahu sebagai anak, ni perkara yang kita paling takut kan.. Semoga bapa Keknis cepat sembuh

Hiburan Wed, 3 Jan 2024

Isteri Selamat Melahirkan Anak Lelaki, Ryan Bakery Bergelar Bapa

Alhamdulillah congrats Ryan & Elyia! 🤲🏼 Lepas ni ada content Ryan junior 😍

Events Fri, 14 Dec 2018

马台共制《爱玩客-分开旅行》阿哲生吃活虫!

马台共同制作《爱玩客-分开旅行》旅游行脚节目!大马艺人陈泽耀生吃活虫「先咬了头,之后……」

familuv Thu, 17 Oct 2019

Ini cara kreatif untuk memupuk minat membaca terhadap anak-anak

Rangsang anak membaca dengan cara mudah!

Hiburan Sat, 2 Aug 2025
Featured Wed, 21 Dec 2022

[VIDEO] Netizen ‘Muak’ Kerap Muat Naik Video Bersama Kekasih Baru, Zarina Anjoulie Tampil Beri Respons

Alahai kesian Anju. Diorang jeles la tuu 😌🤪🤪 Kasi chance la nak lovey dovey hihi

Hiburan Fri, 21 Mar 2025

[VIDEO] Puteri Sarah Ambil ‘Bodyguard’ Untuk Keselamatan Anak-Anak – “Saya Takut Sekarang Banyak Kes Culik”

Puteri Sarah bimbang kes culik semakin menjadi ambil bodyguard demi keselamatan anak-anak

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Mengaku Penakut Tapi Demi Watak, Aprena Sanggup!

Pelakon berusia 25 tahun ini sedang menjalani penggambaran filem komedi seram, Jodoh Syaitan terbitan sulung DA Motion Media.

error: Content is protected !!